Gary Neville puji pembelian Varane dan yakin United akan berjaya pada musim ini

0

Gary Neville ketika bercakap dengan Sky Sports, dia yakin Manchester United akan dapat memperbaiki prestasi untuk musim yang baru ini.

Pada musim lepas, United telah ditinggalkan pendahulu Manchester City sebanyak 12 mata. United di tangga kedua begitu sukar untuk mengejar prestasi cemerlang jiran setempatnya itu.

Neville tidak boleh memberikan kepastian yang United akan dapat merangkul Piala Liga Perdana Inggeris tetapi prestasi pasukan yang baru pasti akan lebih mantap berbanding musim lepas.

Neville berkata, “Saya berharap United memulakan musim ini dengan lebih baik. Prestasi pada musim lepas boleh diterima lagi dan mereka perlu lebih yakin untuk mendekati kejuaraan. Yakin dengan kejayaan, mencabar kejuaraan dan ini bukan sesuatu yang mudah.”

Kunci Kejayaan ialah kehadiran Varane

Menurut Neville, kehadiran Jadon Sancho telah memberikan keseimbangan kepada serangan United. Kemasukan Raphael Varane dari Real Madrid pula bakal menjadi kunci kejayaan United pada musim ini.

Neville berkata lagi,” Varane begitu menakjubkan. Saya rasa pada musim lepas, setiap pengulas sukan, peminat dan penganalisis akan mengulas mengenai pemain yang akan bergandingan dengan Harry Maguire. Mereka telah mendapat pemain tersebut, jadi ini merupakan satu perkembangan yang baik.

Bekas permain pertahanan kanan era Sir Alex Ferguson itu merasakan Eric Bailly dan Victor Lindelof telah melakukan yang terbaik untuk pertahanan United tetapi kehadiran Varane akan membawa satu penanda aras baru kepada pertahanan United.

Liga Perdana Inggeris akan bermula pada hujung minggu depan tetapi Varane masih belum tiba lagi di Carrington Park disebabkan masalah visa yang belum selesai.

Perlawanan pertama liga menentang Leeds United di Old Trafford dan seterusnya bertemu Southampton di tempat lawan. Pengakhiran perlawanan bulan Ogos adalah bertemu pasukan Wolverhampton Wonderers di tempat lawan.

- Advertisement -