Berita Terkini

Garnacho, si pengubah permainan..

7C982A02-08BC-45A5-A0FC-3C3D88D603C0

Namanya semakin hangat diperkatakan semenjak berjaya bermain dalam skuad utama United. Ya, sebelum ni peminat United mengetahui bakat dan kemampuan Garnacho.

Menjadi antara pemain terbaik bersama skuad akademi bersama Alvaro Fernandez, jadi disini keupayaan nya sudah terbukti. Apa yang perlu dilakukan ialah buktikan diperingkat skuad utama

Pada awal musim dia mungkin tidak mendapat tempat akibat kurang minit permainan pada pra musim akibat sikapnya yang dikatakan melanggar disiplin.

Namun dia mendapat peluang selepas bermain pada kejohanan UEL. Mendapat tempat kesebelasan utama akibat pemain seperti Sancho dan Antony mengalami kecederaan

Anak muda ini terus meroket mencipta perjalanannya sendiri dengan memberikan persembahan terbaik dan membayar apa yang Ten Hag berikan.

Dia menjaringkan gol kemenangan pada pertemuan berdepan Real Sociedad dan pemain serangan United paling menyerlah berdepan Aston Villa ketika United tewas 1-3 di Villa Park.

Perlawanan semalam dia tidak mendapat tempat kesebelasan utama berikutan Rashford mengambil tempatnya dan Martial bermain semula.

Namun rezeki tidak pernah salah alamat apabila dia bermain di masa kedua. United memerlukan kemenangan untuk layak, muncul Garnacho sebagai pengubah perlawanan.

Dia menjadi focal point serangan United dengan larian deras dan mempunyai skill individu yang baik menewaskan pertahanan. Garnacho mencipta dua bantuan gol untuk Bruno dan Scott McTominay..

Pemain muda yang masih jauh perjalanannya namun cerah masa depannya jika United terus menggilap dengan baik pemain Argentina ini.

Selamat Maju Jaya Alejandro Garnacho..

Lain-Lain Artikel

Jersi Terbaru Manchester United

Lain-Lain Artikel

Galeri Gambar