Garnacho dan Iqbal berada dalam latihan bersama pasukan utama ketika Manchester United membuat persiapan untuk perlawanan pembukaan Liga Europa.
Manchester United dijangka akan menurunkan barisan berlainan pada minggu ini untuk saingan kempen Liga Europa.
Kemungkinan bukanlah perubahan yang besar, namun Ten Hag dijangka akan melakukan rotasi pemain disebabkan pemain-pemain utama bermain untuk 2 perlawnaan dalam tempoh 3 hari.
Kemungkinan untuk Liga Europa kita dapat saksikan duo muda Zidane Iqbal dan Alejandro Garnacho. Mereka dilihat berlatih bersama skuad pasukan senior, walaupun turun beraksi bersama pasukan bawah 21 tahun United pada hujung minggu baru ini.
?? Zidane Iqbal & Garnacho have been featuring heavily in first team training this week ahead of the Europa League tie, which could be a sign that they are set to take part in their first action of the season at senior level.
? @MenNewsDesk pic.twitter.com/liO5NkyWia
— Iraq Xtra (@IraqXtra) September 6, 2022
Iqbal dan Garnacho kedua-duanya tampil pada Sabtu ketika pasukan bawah-21 United seri 2-2 dengan Liverpool hujung minggu lalu. Isak Hansen-Aaroen dan Charlie McNeill menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut.
United dilihat akan terus memberi peluang kepada Alejandro Garnacho dan Zidane Iqbal untuk menarik perhatian dan meneruskan perjalanan ke dalam skuad kendalian Erik ten Hag.
Garnacho berada di bangku simpanan pada hujung minggu menentang Arsenal, dan dan berada dalam kedudukan tersebut dalam kesemua enam perlawanan Liga Perdana Inggeris, walaupun hanya membuat satu penampilan pengganti setakat ini.
Perlawanan menentang Real Sociedad ini adalah perlawanan penting untuk menang. United harus memanfaatkan peluang bermain di laman sendiri bagi terus maju ke pusingan seterusnya. Jika United boleh melakar kemenangan lebih awal ia pasti akan meringankan bebanan pemain utama pasukan United.
Antony yang baru menandatangani kontrak juga sedang berlatih ketika dia mula meningkatkan kecergasannya selepas penampilan sulungnya dalam kemenangan Manchester United ke atas Arsenal.
Erik ten Hag perlu mempertimbangkan sama ada dia perlu menyelamatkan Antony untuk perlawanan Crystal Palace, atau sama ada dia mampu memulakan kedua-dua perlawanan.