Gadingan CR7 dan Ole20 ketika perlawanan menentang Newcastle

0

Ole Gunnar Solskjaer akan menjadi pengurus pertama untuk CR7 bagi perlawanan menentang Newcastle pada Sabtu ini. Solskjaer berjaya memujuk CR7 menyertai United untuk projek pembangunan pemain muda pada masa akan datang. CR7 berkata,’Saya di sini untuk menang. Saya mampu melakukannya bersama-sama dengan pasukan sedia ada sekarang.’

CR7 telah menjaringkan 11 gol dalam 11 perlawanan menentang Newcastle. Salah satu perlawanan tersebut adalah ketika dia bermain bersama dengan pengurusnya sendiri itu.

Pada musim 2006, Solskjaer telah menjaringkan 2 gol untuk membantu United menewaskan Newcastle dengan jaringan 2-0. CR7 telah memainkan peranan penting dalam perlawanan tersebut. CR7 telah memperdayakan beberapa pemain Newcastle sebelum melepaskan tendangan padu ke arah penjaga gol yang gagal menangkap kemas lalu disempurnakan dengan mudah oleh Solskjaer. Solskjaer berada di tempat dan waktu yang cukup sempurna.

Kemudian gol kedua pula menerusi sepakan penjuru yang di ambil CR7 di keluarkan oleh pertahanan Newcastle, namun United berjaya mengembalikan bola dalam kotak penalti. Bola dapat di kaki Nemanja Vidic lalu menyempak dengan deras bola tersebut dan terkena Solskjaer lalu masuk ke gawang gol. Newcastle pada perlawanan tersebut telah bermain 5 pemain di bahagian tengah. Namun pada kali ini, CR7 pasti akan memainkan peranan seperti yang dimainkan oleh Solskjaer pada sebelum-sebelum ini. Iaitu melakukan ‘simple tab’ untuk menjaringkan gol. Solskjaer pasti berbanga dengan keadaan tersebut.

- Advertisement -