Gabungan Shaw dan Cristiano Ronaldo pasti dinantikan peminat United

0

Luke Shaw merupakan pemain bintang ketika England menewaskan Hungary 4-0 di tempat lawan. Shaw telah mencipta assist utk rakan sepasukannya, Harry Maguire untuk menanduk masuk gol tersebut seperti yang dilakukannya ketika Euro 2020.

Hantaran lintang yang dilakukan Shaw itu merupakan diantara 3 ‘chances created’ yang dilakukan oleh Shaw. Shaw telah pamerkan aksi yang sangat baik di sepanjang 90 minit permainan. Gol-gol England yang lain hadir menerusi Raheem Sterling, Harry Kane dan Declan Rice.

Marcus Rashford telah memuji rakan sepasukannya itu selepas kejayaan bergaya tersebut.

Luke Shaw telah melakukan 6 ‘assist’ dalam saingan Liga Perdana Inggeris bersama pasukan United pada musim lepas. Dia kemudian telah mempamerkan aksi yang sangat baik dalam kejohanan Euro 2020 di mana dia juga ada mencipta ‘assist’ serta menjaringkan gol untuk pasukan England.

Dengan kelebihan ini, rakan sepasukan barunya nanti pasti akan menantikan peluang seperti ini untuk menjaringkan gol. United telah menandatangai Cristiano Ronaldo daripada Juventus. Pemain bintang ini telah mempamerkan kekuatannya pada baru-baru ini. Ronaldo telah berjaya menjaringkan 2 gol menerusi tandukan sekaligus memberikan kemenangan kepada pasukan Portugal. Ia juga merupakan rekod baru bagi Cristiano Ronaldo selepas menjaringkan 111 gol di peringkat antarabangsa.

Rangkuman aksi perlawanan England menentang Hungary.

Kelebihan memenangi bola di udara oleh Cristiano Ronaldo perlu digunakan sebaiknya oleh pasukan United. Kualiti yang dipamerkan oleh Luke Shaw dalam membuat hantaran lintang semakin bertambah baik. Pasti mengejutkan jika Shaw tidak berjaya memperbaiki rekod ‘assist’ yang telah dia lakukan pada musim lepas. Dia seharusnya melakukan dengan lebih baik pada musim ini dengan kehadiran Cristiano Ronaldo.

Para peminat ternanti-nanti gandingan Shaw dan Cristiano Ronaldo dalam aksi perlawanan United seterusnya.

- Advertisement -