Buletin Manchester United

C272B879-6D74-46DC-8AC0-0E1BCA4FDF76

G.Neville ingin Solskjaer perbaiki mengenai masalah kesukaran menjaringkan gol ketika bertemu pasukan yang bermain bertahan

Manchester United boleh dikatakan memiliki skuad yang dianggotai dengan pemain berkualiti untuk bersaing merebut kejuaraan Liga Perdana inggeris. 

Meskipun begitu Hanya ada satu kelemahan besar untuk United yang harus diperbaiki oleh Ole Gunnar Solskjaer.Kekurangan ini berkaitan dengan kesukaran United dalam membongkar pertahanan pasukan lawan yang bermain dengan corak bertahan.

Seperti yang kita ketahui The Red Devils selalu menunjukkan prestasi yang baik ketika bertemu pasukan yang bermain secara terbuka, tetapi mereka terbukti sukar ketika menghadapi pasukan yang mengamalkan permainan bertahan atau bahasa yang lebih tepat bermain secara ‘parking bus’.

Ternyata hal ini telah menjadi sorotan Lagenda Manchester United Gary Meville.Menurut bekas pertahanan United itu ketika ini cabaran utama Solskjaer adalah memenangi trofi, dan itu hanya dapat dilakukan dengan meningkatkan tahap permainan pasukan.

Menurut Neville, masalah United ketika bertemu pasukan yang bermain secara bertahan kelihatan sangat jelas.Meskipun berulang kali masalah sering diperdebatkan namun buat masa ini belum ada penyelesaian daripada Solskjaer.

“Kita semua tahu bagaimana masalah United. Mereka mengalami kesukaran untuk membongkar pertahanan pasukan lawan.

“Jika anda memerhatikan bagaimana Man City membongkar pasukan yang bermain secara bertahan melawan mereka,namun disisi lain United masih tidak dapat melakukannya seperti City kata Neville kepada Sky Sports.

“Saya rasa ini sangat jelas namun Ketika mereka bermain secara serangan balas mereka kelihatan lebih baik.”Saya harap Mereka harus dapat tampil lebih baik ketika bertemu pasukan yang bermain secara bertahan” 

Bagi Neville, masalah ini dapat diselesaikan dengan merekrut pemain yang boleh membongkar pertahanan lawan.Dia mengambil contoh Man City yang begitu mudah menewaskan pasukan yang bermain secara bertahana kerana menurut Neville City mempunyai pemain kreatif yang boleh mencari jalan untuk membongkar pertahanan lawan.

“Saya rasa ini adalah tahap pengembangan berikutnya untuk United.Kerana jika mereka tidak lebih baik, mereka tidak akan memenangi Liga Perdana.

“Ini mengenai mempunyai pemain yang lebih berkualiti dalam serangan.Jika anda melihat Man City, mereka memiliki Bernardo Silva, Gundogan, Foden, Mahrez dan ada beberapa lain pemain lain”.

“Di United saya hanya dapat membayangkan Fernandes dan Pogba sahaja yang dapat membongkar pertahanan ketat lawan mereka.

Sumber: Sky Sports