Fred terus berlatih bersama Brazil

Jika Fred berada dalam senarai akhir pasukan Brazil untuk Copa Amerika, maka Fred bakal terlepas peluang untuk bermain dalam beberapa perlawanan awal United dalam saingan Liga Perdana Inggeris

0 46

Walaupun perkhabaran Copa Amerika bakal berubah tempat disebabkan kes yang tinggi pada ketika ini di Argentina dan Colombia, kem pasukan Brazil masih meneruskan latihan seperti biasa.

Kejohanan Copa Amerika bakal berlangsung di Brazil selepas penarikan diri tuan rumah bersama Argentina dan Colombia. Perubahan tarikh dan jadual perlawanan akan dimaklumkan kelak.

Fred yang telah disenaraikan dalam pasukan Brazil sejak 2018 lepas. Pasukan Brazil akan berhadapan dengan Ecuador dan Paraguay bagi kejohanan kelayakan Piala Dunia pada Sabtu dan Rabu hadapan.

Pengurus pasukan Brazil berkata, ‘Fred telah dipanggil untuk edisi kali ini kerana persembahan yang bagus dia pamerkan ketika bermain dengan pasukan Man utd. Dia kerap diturunkan dan saya meraskaan Fred akan menjadi pilihan yang bagus bagi pasukan kami.’

Fred berharap dengan peluang 2 perlawanan tersebut menjadi ukuran untuk dia kekal berasam dengan pasukan Brazil untuk kejohanan Copa Amerika nanti.