Fred sekali lagi dalam kesebelasan utama Brazil

0 533

Pemain tengah Man Utd, Fred telah bermain selama 45 minit ketika perlawanan Brazil menentang Paraguay bagi kelayakan Piala Dunia.

Fred berada dalam kesebelasan utama Brazil telah berjaya menang 2-0 dalam perlawanan di tempat lawan.

Ini merupakan perlawanan kedua berturut-turut bagi Fred bermain dalam kesebelasan utama Brazil sejak di panggil semula menyertai pasukan Brazil pada tahun 2018.

Gol Brazil telah dijaringkan oleh Neymar dan Lucas Paqueta.

Selpas tamat perlawanan Fred muat naik statusnya di media sosial,”Kemenangan yang bagus bagi perlawanan di tempat lawan. Ia merupakan perlawanan yang sukaar di mana mereka memiliki barisan pemain yang berkualiti dan telah bermain dengan bagus. Kami berkerja keras untuk mendapatkan 2 gol kemenangan tersebut.”

Pengurus pasukan Brazil, Tite tidak mahu mengambil risiko di atas layangan kad kuning kepada Fred pada separuh masa pertamam permainan. Dia pasti telah mempelajarinya ketika United menentang PSG pada musim lepas.

Dalam perlawanan menentang Ecuador baru-baru ini, Fred telah dikeluarkan pada minit ke 62 selepas menerima layanan kad kuning.

Bagi perlawanan menentang Paraguay, Fred menerima kad kuning pada minit ke 73 dan terus dikeluarkan oleh pengurus Brazil itu pada separuh masa kedua.

Fred telah bermain dengan baik sepanjang 45 minit permainan. Dia telah melengkapkan 88 peratus hantarannya dan mencipta 2 peluang gol bagi rakan sepasukan. Dia telah membuat 40 sentuhan dalam masa 45 minit.

Dia juga telah berjaya memenangi 6 bola ‘recoveries’ dan melakukan 1 ‘tackle’ dan ‘dribble’ melepasi pemain lawan.

Brazil kini 10 mata mendahului di tempat teratas bagi kelayakan Conmebol untuk merebut tempat ke Piala Dunia 2022.