Fred kembali menyertai latihan bersama United

0

Fred dilaporkan di antara pemain terkini menyertai kem latihan pusat United. Gambar Fred di ambil ketika dia berlatih bersama Matic.

Ini adalah kali pertama Fred bersama pasukan utama United selepas melengkapkan perjalanan cemerlang di Copa Amerika walaupun sekadar naib juara.

Fred dan Pogba telah kembali menjalani latihan kini tinggal, Sancho dan Cavani masih belum kelihatan.

United hampir berjaya menghimpunkan kesemua pemain bagi persedia musim baru ini. Namun halangan pertama mereka adalah perlawanan persahabatan menentang Everton di Old Trafford Sabtu ini.

Varane dijangka akan bersama menjalani latihan pada minggu hadapan. Pasti Ole GUnnar Solskjaer sudah mempunyai idea siapa yang bakal diturunkan pada perlawanan pertama menentang Leeds nanti.

- Advertisement -