Fred dedah kritikan media dan peminat membuatkan dirinya bangkit

0

Pemain tengah Manchester United Fred menceritakan tentang pengalaman dirinya ketika musim pertama menyertai dengan Manchester United.

Menurutnya, di awal karier bersama The Red Devils itu merupakan tempoh yang sukar untuk ia lalui.Fred mendedahkan bahawa pelbagai tekanan yang harus ia hadapi termasuk dilabel sebagai pembelian yang gagal.

Ya apa yang kita ketahui Pemain dari Brazil itu memang agak lambat untuk menyesuaikan diri dengan suasana kelab barunya.Persembahannya cenderung tidak konsisten di awal kariernya dengan United.

Tidak menghairankan, pada masa itu Fred bukan pilihan pertama pasukan.Namun secara perlahan bekas pemain Shakhtar Donetsk itu membuktikan dirinya layak untuk menyarung jersi pasukan besar seperti Manchester United.

“Musim pertama saya itu adalah tempoh yang sangat sukar, saya rasa banyak pemain juga pernah mengalami hal itu.Saya banyak bergelut pada musim pertama saya.

“Saya tahu dari apa yang mereka bayar untuk mendapatkan saya terselit ada harapan besar yang perlu saya tanggung”

“Saya sukar menghadapi banyak kritikan dari media dan peminat, tetapi saya selalu memotivasi diri dan terus berusaha.Saya tidak pernah menyerah.

“Saya juga pernah dinilai sebagai pembelian gagal. Tetapi perlahan-lahan saya dapat membuktikan kualiti, dan inilah hasil kerja keras.Sekiranya orang mengkritik anda, anda hanya boleh terus berjuang” ujarnya seperti dilaporkan oleh Goal.

- Advertisement -