Fred dan Brazil

0

Fred ketika di temuramah minggu lepas,”Saya gembira dengan peluang yang saya perolehi sekarang terutama berada bersama dengan pasukan kebangsaan Brazil. Saya akan berusaha bersaing untuk mendapat tempat tersebut.”

“Saya gembira menyarung jersi warna kuning ini. Bagi saya ia sangat membanggakan dan saya sedang menikmatinya. Mak, isteri dan nenek saya pasti gembira dengan perkara ini.”

“Saya perlu melakukan ape yg sy ditugaskan semasa bersama pasukan Brazil mahupun United.”

Fred mengambil kelebihan bermain bersama dengan pemain ‘defensive midfielder’ terbaik di dunia, Casemiro iaitu pemain bintang Real Madrid.

Tetapi peranannya akan berbeza bagi setiap perlawanan mengikut arahan pengurus pasukan Brazil.

“Peranan saya adalah sentiase berada di bahagian tengah untuk memberi ruang kepada pemain-pemain serangan.”

Fred sangat berfungsi dengan baik untuk 3 pemain tengah, apabila bermain dengan Casemiro dan Lucas Paqueta.

Oleh yang demikian, Fred akan terus beraksi dengan baik untuk memastikan Brazil mara ke kejohanan Piala Dunia 2022 nanti kerana meraka kini berada di kedudukan teratas untuk kelayakan benua Ameria Selatan.

Selain itu, pasukan Brazil juga akan menghadapi saingan Copa Amerika pada minggu ini. Fred memasang impian untuk menjulang trofi pada edisi kali ini.

- Advertisement -