Fred cipta ‘assist’ untuk Neymar

0

Tugas Fred bersama pasukan Brazil berjalan dengan lancar pada ketika ini. Brazil telah menewaskan Peru 4-0. Pemain bintang Manchester United ini telah mencipta ‘assist’ untuk rakan sepasukanya Neymar.

Pada musim lepas Fred hanya mampu melakukan 2 ‘assists’ dalam 48 perlawanan untuk United. Fred telah memuat naik mesej di laman sosialnya,”Kemenangan yang penting buat kami untuk hari ini. Mari kita lakukannya lagi, Terima kasih Tuhan.”

Fred kini telah membuat 4 penampilan berturut-turut bersama pasukan BRazikl 2 untuk kelayakan Piala Dunia dan 2 untuk Copa Amerika. Gol-gol Brazil telah dijaringkan oleh ALex Sandro, Neymar, Everon Ribeiro dan Richarlison.

Sementara Neymar merupakan pemain terbaik perlawanan tersebut, Fred sentiasa berada di mana-mana membuat larian dan hantaran. Fred telah memenangi 9 ‘duels’ 12 ‘recoveries ball’ dan 93 sentuhan sepanjang perlawanan tersebut.

Pemain tengah United ini telah melakukan 3 ‘tackles’, 2 ‘completed dribbles’ dan 84 peratus ketepatan hantaran. Dia juga telah melakukan 1 percubaan ‘off target’. Suatu malam yang sibuk untuk Fred.

Sinar Fred untuk merangkul kejuaraan pertamanya bersama Brazil semakin cerah selepas mereka telah mencatatkan 2 kemenangan dengan jumlah jaringan 7 gol dalam kejohanan COpa Amerika ini.

- Advertisement -