Fred, Bruno dan CR7 di antara pemain terbaik perlawanan awal pagi tadi

0

Manchester United telah memulakan langkah kiri dalam saingan Piala Liga Juara-Juara Eropah pada musim ini dengan kakalahan di minit terakhir perlawanan dengan keputusan 1-2 ketika bertemu Young Boys. CR7 telah menjaringkan gol pertama United pada minit ke-13 tetapi United terpaksa bermain dengan 10 orang pemain pada minit ke 35 selepas Wan Bissaka dilayangkan kad merah disebabkan terjahan keras pemain tersebut.

Oleh sebab itu, pasukan Young Boys berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 66 menerusi Nicolas Ngamaleu. Dengan perlawanan seakan-akan tamat dengan jaringan 1-1, Jesse Lingard telah membuat hantaran ke belakang kepada penjaga gol De Gea namun bola tersebut terlalu perlahan dan dapat disempurnakan dengan mudah oleh Siebatcheu untuk gol kemenangan pasukan tuan rumah.

Berikut adalah 3 pemain terbaik ketika United bertandang ke Switzerland.

Fred. Fred telah bermain bergandingan dengan Donny van de Beek di barisan tengah United. Fred begitu rajin dan gigih bermain mengawal kawasan tengah United. Apabila United bermain dengan 10 orang pemain, Fred tidak pernah kenal erti penat melakukan tekanan dan cuba memenangi bola daripada pasukan lawan. Dia telah bermain dengan penuh semangat tanpa rasa penat sebelum Solskjaer telah mengeluarkannya pada minit ke 89 dengan membawa masuk Anthony Martial. Berikut adalah statistik daripada Fred.

Bruno Fernandes. Bruno telah melakukan hantaran lintang yang cantik untuk gol CR7 bagi gol pendahuluan United. Bruno berjaya menafikan dakwaan yang gandingan dia dan CR7 tidak akan menjadi seperti yang berlaku ketika mereka bersama dengan pasukan Portugal. Apabila United bermain dengan 10 orang pemain, Fernandes telah membantu bahagian tengah dan pertahanan United ketika bertahan. Dia juga di antara pemain yang berkerja keras sepanjang perlawanan seperti yang di pamerkan Fred.

CR7. CR7 telah menjaringkan 135 gol dalam Liga Juara-Juara Eropah ini untuk 177 penampilan. Dia telah menyamai rekod Iker Casillas untuk rekod penampilan terbanyak dalam saingan kejohanan ini. Pasti CR7 mengharapkan perlawanan ini ditamatkan dengan kemenangan untuk menyerikan lagi pencapaian yang dia telah lakukan itu. Namun Ia tidak berakhir dengan indah. Pemain berusia 36 tahun ini telah berkerja keras membantu pasukan mendapatkan bola dan membawa bola dalam melakukan serangan.

Namun segalanya telah berakhir, apa yang diperlukan pada ketika ini adalah motivasi yang tinggi untuk menghadapai perlawanan yang berikutnya. CR7 pasti akan memainkan peranan ini untuk menaikkan semula semangat rakan sepasukannya itu untuk perlawanan di tempat lawan menentang West Ham.

- Advertisement -