Fred bantu Brazil menang pada perlawanan pembukaan

0

Fred berada dalam perancangan pengurus pasukan Brazil, Tite pada edisi Copa Amerika 2021. Dia kini bersama dengan pasukan Brazil sejak dipinggirkan pada tahun 2018.

Selepas berada dalam kesebelasan utama pada perlawanan kelayakan Piala DUnia baru-baru ini, Fred terus diberikan kepercayaan di dalam kesebelasan utama bagi perlawanan pembukaan Copa Amerika 2021.

Dia temlah membantu pasukknya itu menang 3-0 ke atas Venezuela dalam aksinya selama 86 minit.

Ini merupakan permainan yang paling lama dia bermain dalam 3 perlawanan bersama pasukan Brazil. Pada perlawanan-perlawanan sebelum ini dia sering dikeluarkan pada separuh masa kedua terutama apabila dia menerima kad kuning.

Fred pada kali ini hanya mengutip 1 ‘foul’ sekaligus berjaya mengelakkan layanan kad daripada pengadil.

Fred telah memenangi 6 ‘duel’ dan membuat 94 sentuhan bola untuk memastikan Brazil kekal dalam pengusaan bola.

Fred berjaya menjadi pemain paling banyak membuat hantaran dengan 74 hantaran secara keseluruhan. Dia telah berjaya 91 peratus hantaran dan mencipta 1 ‘key passes’.

Dia kemudiannya dikeluarkan dan pemain Liverpool Fabinho masuk menggantikan tempatnya.

Gol-gol Brazil dijaringkan oleh Marquinhos, Neymar (penalti) dan Gabriel Barbosa.

Fred kini telah membuat 12 penampilan bersama BRazil dan itu sudah cukup untuk memastikan dia di antara pemain utama dalam pasukan BRazil pada waktu ini.

- Advertisement -