Fosu-Mensah tidak suka bertahan apabila berhadapan Mason Greenwood

0

Timothy Fosu-Mensah sedang dalam pemulihan selepas mengalami kecederaan ACL selepas sebulan dia melengkapkan perpindahan ke Bayern Leverkusen awal tahun ini.

Ia merupakan nasib yang tidak baik dalam kariernya selepas dia berjaya membuat ‘debut’ pertama pada 2016 bersama United dan sejak pada itu dia masih lagi gagal mempamerkan aksi sebenarnya.

Fosu-Mensah ketika sebelum ini pernah mengalami kecederaan ACL ketika dipinjamkan ke Fulham pada 2019. Dia telah berjaya kembali pada musim 20/21 bersama pasukan United.

Fosu-Mensah telah meluangkan masa untuk pertanyaan dan jawapan bersama peminat pada minggu lepas.

Di antara soalan yang ditanyakan adalah, siapakan pemain yang anda tidak suka berhadapan ketika bertahan ketika waktu sesi latihan? Mensah telah memilih Greenwood.

Ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Greenwood pada musim lepas telah berjaya mencipta kesukaran kepada pemain-pemain pertahanan bagus di Liga Perdana Inggeris, Piala Europa dan Piala Juara-Juara Eropah.

Selain itu, peminat ada bertanyakan mengenai bagaimana dia sentiasa positif selepas mengalami kecederaan ACL yang hampir memakan masa 2-3 tahun untuk pulih seperti biasa. Dia memberitahu, faktor rakan sepasukan yang sentiasa memberi dorongan, keluarga dan peminat-peminat yang sentiasa mendoakannya cepat pulih.

Seterusnya, peminat bertanyakan mengenai siapakah pengurus yang anda berterima kasih sepanjang karier anda? Dia telah memilih Van Gaal, kerana Van Gaal merupakan pengurus yang memberikan saya peluang membuat penampilan pertama dalam karier professionalnya.

Seterunsya, peminat bertanyakan mengenai perlawanan yang emberikan kenangan yang bagus kepada anda? Dia memberitahu ketika membuat penampilan pertama bermain di Old Trafford menentang Arsenal.

Fosu-Mensah akan berjaya pulih dari kecederaan ACLnya pada 2022 jika segalanya mengikut perancangan yang ditetapkan. Dia mempunyai kontrak sehingga 2024 dan usianya kini 23 tahun.

Jika semuanya berjalan lancar, dia kembali seperti biasa, dia pasti akan kerap diturunkan dan akan menikmati perkembangan kariernya semula.

Dia pasti mengharapkan sesuatu yang baik pada masa depan. Para peminat gembira dengan sikap positif yang telah dipamerkannya ketika berada di fasa pemulihan kecederaannya itu.

- Advertisement -