Buletin Manchester United

Fokus-sehingga-perlawanan-terakhir

Fokus sehingga perlawanan terakhir

Tendangan Paul Pogba membantu Manchester United untuk berada dikedudukan teratas liga. United akan bertemu dengan pasukan Liverpool pada perlawanan seterusnya nanti pasti akan mensajikan pertembungan terhebat pada awal musim ini. Liverpool pasti inginkan kemenangan dan mengekalkan rekod cemerlang mereka di Anfield. Manakala United pasti mahu menjarangkan jurang mata kepada 6.

Jaringan Pogba pada minit ke 71 memberikan kemenangan bergaya jepada Burnley 1 -0 di Stadium Turf Moor. United berada di kedudukan teratas liga buat pertama kalinya selepas persaraan Sir Alex Ferguson. Pogba berkata,’hari ini kami menang dan kami sangat gembira disebabkan kami bermain dengan baik dan kami berada dipuncak liga. Tetapi ada perlawanan penting yang akan tiba untuk itu seharunya kami keka fokus untuk menghadapi perlawanan tersebut.’

‘Sangat sukar untuk bermain di sini. Mereka memberikan tentangan sengit kepada kami tetapi kami kekal tenang mengawal keadaan dah syukur kerana gol yang kami cari-cari hadir. Masih jauh perjalanan kami. Kami perlu untuk kekal fokus sehingga perlawanan terakhir liga.’

Pogba merasakan United tidak bernasib baik selepas gol Maguire telah dicuri oleh keputusan pengadil perlawanan. Pengadil memberikan isyarat kekasaran terhadap tindakan Maguire kerana menolak pemain lawan sebelum menanduk masuk gol berkenaan. ‘Ia sepatutnya gol untuk kami. Dia melompat dan menanduk masuk gol berkenaan. Keputusan yang pelik dari pengadil.’ Solskjaer juga kurang setuju dengan tindakan pengadil. ‘Ia leputusan yang tidak tepat dari pengadil. Pengadil terlalu tegas dengan gol Maguire. Dia memenangi persaingan merbut bola di udara. Walau bagaimanapun, kami berjaya kekal tenang dan memastikan momentum kami tidak terganggu dengan keputusan tersebut.’

‘Kedudukan yang kami tunggu-tunggu selama ini dan kami tahu sukar untuk kami mengekalkan kedudukan ini kerana kami masih lagi mempunyai baki perlawanan yang akan kami berhadapan. Kami sangat dahagakan kejuaraan dan kami akan kekal fokus untuk perlawanan penting pada awal isnin nanti.’

‘Saya telah pun menyatakan Pogba merupakan pemain penting bagi kami. Dia mempunyai karakter dankualiti yang bagus dalam pasukan. Dia merupakan pemenang Piala Dunia dan sudah tentu hari ini merupakan perlawanan terbaik untuk dirinya.’

Sumber dari DailyMail Football