Fernandes:”sesuatu yang sangat istimewa dapat kembali meraikan gol di hadapan penyokong”

0

Pemain tengah Manchester United, Bruno Fernandes mengakui bahawa dirinya gembira melihat penyokong kembali ke Old Trafford.

Fernandes juga akui bahawa dia juga lebih teruja kerana dapat menjaringkan gol di hadapan peminat mereka.

Semalam, Manchester United telah mengadakan perlawanan persahabatan terakhir mereka di Old Trafford menentang Everton.Dalam perlawanan ini, sekitar 55,000 peminat United memenuhi Old Trafford buat pertama kalinya setelah hampir setahun setengah mereka tidak dibenarkan masuk ke Stadium kerana Covid-19.

“Semuanya terasa berbeza sekali ketika peminat kembali ke stadium,” kata Fernandes kepada MUTV.

“Itu adalah perasaan yang amat sensasi yang muncul setelah menjaringkan gol dan peminat bersorak, semuanya terasa hebat,”.

“Saya sangat gembira melihat peminat kembali ke stadium kerana kami merindui mereka.”

Fernandes menilai kehadiran peminat di stadium boleh menjadi perbezaan buat Manchester United musim baru ini.

Dia mengatakan peminat dapat memberi mereka motivasi yang tinggi ketika menghadapi perlawanan yang sukar.

“Kami tahu bahawa mereka akan memberi kami keyakinan dan mereka akan mendorong kami untuk bermain lebih baik.

- Advertisement -