Fernandes:”Saya sangat terkejut Bissaka boleh melepaskan tendangan seperti itu”

Pemain tengah Manchester United, Bruno Fernandes mengakui bahawa dirinya terkejut selepas melihat rakan sepasukannya, Aaron Wan-Bissaka menjaringkan gol menerusi tendangan kencang menewaskan penjaga gol lawan.

Wan Bissakan yang telah membuat penampilan sebanyak 50 kali bersama Manchester United akhirnya telah menjaringkan gol sulungnya bersama The Red Devils dan hasil gol itu telah mendapat pujian dari Bruno Fernandes.

“(Kami sangat gembira)dan kami sangat terkejut kerana ia boleh melepaskan tendangan kencang seperti itu.

“Jadi, sukar buat kami untuk mempercayai dia dapat menjaringkan gol seperti itu kerana kami tidak pernah melihatnya sebelum ini melakukan rembatan seperti itu.”

“Kami telah bercakap di bilik persalinan dan bertanya kepadanya kerana kami semua menyangka dia mahu melakukan “crossing”untuk memberikan bola kepada pemain dan menjaringkan gol.

“Tetapi saya gembira untuknya, dia berhak mendapat gol itu dan kami selalu meminta itu daripadanya.

“Ini akan Lebih positif buatnya untuk lebih kerap berada di kawasan kotak penalti,dan perbaiki permainannya kerana dia mempunyai kualiti yang sangat baik.

Jom kongsi dengan rakan anda artikel ini.

Ruang Iklan

Jadual Perlawanan

Liga Perdana Inggeris

Keputusan Perlawanan

Liga Juara-Juara Eropah
PSG lawan Manchester United

Ruang Iklan

Pastikan anda ikuti kami di medium seperti di bawah :

Website : bmumalaysia.com
Facebook : buletinmanchesterunited
Instagram : buletinmanchesterunited
Twitter : buletinmanutd