Fernandes menjadi pemain pertama United mencatat hatrik di perlawanan pembukaan EPL

0

Pemain tengah Manchester United Bruno Fernandes yang telah berjaya mencatat hatrik pada perlawanan pertama Liga Perdana musim ini telah berjaya menyamai rekod Mohamed Salah musim lalu.

Fernandes telah menunjukkan permainan yang memukau dalam perlawanan ini.Pemain tengah dari Portugal itu tanpa belas kasihan menjaringkan tiga gol menentang Leeds pada minit ke-30, 54 dan 60. Dua gol lain Manchester United disumbangkan oleh Mason Greenwood pada minit ke-52, dan Fred (68 ‘). Leeds United hanya dapat membalas menerusi gol Luke Ayling (48 ‘).

Tiga gol Bruno Fernandes dalam perlawanan United vs Leeds membawanya ke dalam catatan rekod Liga perdana inggeris dan juga kelab kerana Bekas bintang Sporting CP itu menjadi pemain The Red Devils pertama yang mencetak hatrik dalam perlawanan pembukaan Liga Perdana.

Fernandes juga menjadi pemain ke-10 dalam sejarah liga perdana yang menjaringkan hatrik pada minggu pertama Liga Perdana. Dia menyamai apa yang dilakukan bintang Liverpool, Mohamed Salah musim lalu.

Salah menjaringkan tiga gol dalam perlawanan pembukaab Liga Perdana 2020/2021.Pemain Mesir itu menjaringkan hatrik dalam kemenangan Liverpool 4-3 ke atas Leeds United di Anfield.

Berikut adalah 10 pemain yang mencatat hatrik pada minggu pertama Liga Perdana Inggeris:

1993/1994: Micky Quinn( Coventry City)

1995/1996: Matt Le Tissier (Southampton)

1996/1997: Fabrizio Ravanelli (Middlesbrough)

1996/1997: Kevin Campbell ( Nottingham Forest)

1997/1998: Dion Dublin (Coventry City)

2008/2009: Gabriel Agbonlahor (Aston Villa)

2010/2011: Didier Drogba (Chelsea)

2019/2020: Raheem Sterling (Manchester City)

2020/2021: Mohamed Salah (Liverpool)

2021/2022: Bruno Fernandes (Manchester United

- Advertisement -