Fernandes idamkan kemenangan untuk peminat tersenyum di pagi hari bertemu peminat Liverpool

0

Pemain tengah Manchester United, Bruno Fernandes berjanji akan berusaha keras agar pasukannya dapat menewaskan Liverpool dalam pertemuan mereka yang akan berlangsung di Anfield.

Dalam pada masa yang sama,Fernandes sedar bahawa perlawanan menentang Liverpool bukan hanya memperjuangkan tiga mata tetapi ada sesuatu yang prestij yang dipertaruhkan dalam perlawanan itu kerana Setiap pasukan yang menang dalam perlawanan Liverpool vs Man United akan mendapat suntikan moral yang tinggi.

Tentu saja buat peminat pasukan yang berjaya menang, kegembiraan jelas akan dirasakan oleh penyokong kelab tersebut.Fernandes sendiri mengakui bahawa dia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu Man United dalam kemenangan ke atas Liverpool nanti.

Fernandes mahu melihat penyokong Man United tersenyum dan tidak merasa terbeban ketika mereka harus bercakap dengan rakan peminat Liverpool mereka pada keesokan harinya setelah perlawanan berakhir.

Fernandes tahu bahawa ketika berbual dengan rakan-rakan yang menjadi penyokong saingan mereka sendiri, akan menjadi lebih baik apabila pasukan yang mereka idolakan itu menang.Jadi, sekurang-kurangnya mereka boleh lebih yakin ketika bercakap atau mengejek.

“Sudah tentu buat mereka (peminat Man United), keesokan harinya, bercakap dengan rakan mereka yang mungkin peminat Liverpool akan menjadi jauh lebih baik jika anda menjadi pemenang daripada yang kalah (jika Man United kalah), “kata Fernandes, seperti dilaporkan oleh Manchester Evening News.

“Lebih-lebih lagi, akan lebih mengembirakan apabila membincangkan 21 gelaran Liga Perdana Inggeris (jika Man United menang musim ini) dan Liverpool masih memiliki 19 gelaran.“Namun,hal terpenting buat kami adalah terus maju dan membuat yang terbaik dalam setiap perlawanan.

“Jadi, saya faham apa yang peminat mahukan. Sudah tentu kita akan mencuba segalanya untuk memberi mereka kegembiraan.Tetapi saya rasa mereka akan tetap menikmatinya kerana kami pergi ke setiap perlawanan untuk menang dan tentu saja membuatkan mereka menikmati memenangi perlawanan ini.”

- Advertisement -