Buletin Manchester United

Fernandes-hilang-ketika-bertemu-dengan-pasukan-yang-kuat

Fernandes hilang ketika bertemu dengan pasukan yang kuat

Bruno Fernandes telah menjadi nadi utama pasukan Manchester United sejak tiba hampir 1 tahun yang lalu. Pemain berasal dari Portugal ini telah membawa United berada di kedudukan teratas liga sejak tahun 2017.

Walaupun rekod dan statistik yang dipamerkan oleh Bruno ketika bersama United sangat bagus, akan tetepi, pemain bintang ini masih lagi mempunyai kekurangan sekaligus menerima kritikan yang hebat di luar sana. Fernandes yang berusia 26 tahun gagal mempamerkan aksi sebenarnya ketika United seri tanpa jaringan menentang Liverpool di Anfield baru-baru ini.

Dia hampir menjaringkan gol ke 12 untuk liganya selepas sepakan percumanya hampir menerjah jaring ketika dilihat Alisson sudah pun tertewas. Bruno juga mempunyai satu lagi perluang pada separuh masa kedua selepas sepakan jarak dekatnya berjaya dihalang oleh pertahanan pasukan Liverpool. Ini merupakan perlawanan ke tujuhnya dalam musim ini, di mana dia gagal menjaringkan gol dan mencipta peluang kepada rakan sepasukan. Peminat pasti meragui perkara ini.

Bruno dilihat gagal memperagakan aksi berkualiti ketika bertemu dengan  pasukan 6 terbaik Liga Perdana Inggeris dan statistik juga mengakuinya. Dalam 8 perlawanan menentang pasukan 6 terbaik liga, sejak kehadirannya dia hanya mampu menjaringkan 2 gol dalam purata tempoh 328 minit permainan. Ia merupakan perbandingan yang ketara jika dibandingkan dengan perlawanan menentang pasukan lain dalam liga di mana dia menjaringkan gol dalam tempoh purata 119 minit permainan.

masalah-utama-bruno-sumber-thesun-fottball

Begitu juga dengan peluang gol untuk rakan sepasukan. Dia mencatatkan 70 minit ketika berhadapan dengan pasukan biasa di dalam liga manakala 164 minit peluang untuk rakan sepasukan ketika menentang pasukan 6 terbaik liga. Dia juga gagal mencipta hantaran yang tepat, bentesan serta percubaan ke arah pintu gol.

Selepas seri tanpa jaringan menentang Liverpool, di dalam media sosial ada yang memperkatakan mengenai Bruno, ‘Jangan sesekali membandingkan Bruno dengan Kevin De Bruyne kerana dia gagal mempamerkan aksi sebenar ketika perlawanan-perlawnan yang besar. Dia hanya mengharapkan sepakan penalti.’

Ada juga yang mengatakan, ‘Kai Havert lebih banyak menyumbang peluang kepada rakan untuk menjaringkan gol jika dibandingkan dengan Bruno apabila menentang 6 pasukan terbaik liga. Walaupun kita akui dia dilihat seperti ahli silap mata.’ Yang terakhir diperkatakan, ‘Satu lagi bencana kepada Bruno ketika bermain dalam perlawanan yang besar.’

Bruno perlu melakukan sesuatu apabila dia bermain dalam perlawanan-perlawanan yang besar. Dia merupakan pemain yang berkualiti di dalam pasukan United pada ketika ini. Bruno harus mengatasi masalah ini supaya United dilihat sebagai pasukan yang disegani seperti masa dahulu.

Jamie O’Hara berkata, ‘Pada beberapa minggu lepas, saya melihat Bruno gagal memberikan impak positif ketika bertemu City dan Liverpool. Hantaran yang dilakukan oleh Bruno amat mengecewakan. Saya juga ada melihat Ole Gunnar Solskjaer juga kecewa jika Bruno gagal menghantar bola dengan baik kepada rakan sepasukan.’

‘Saya merasakan Scott McTominay bermain dengan sangat baik dalam perlawanan tersebut, begitu juga dengan Luke Shaw. Tetapi Bruno tidak seperti yang kita gambarkan. Dia kelihatan tidak mampu memberikan sesuatu kepada pasukan, Dia boleh menjaringkan gol dengan sepakan penalti, tetapi untuk perlawanan yang besar, dia harus melakukan dengan lebih baik untuk membantu pasukan.’

‘Dia sepatutnya melakukan 1 hantaran yang magik seperti yang kita kenal, tetapi dia gagal melakukannya. Pada perlawanan menentang Liverpool, dia banyak membuat hantaran yang sia-sia dan ia sangat mengecewakan bagi saya. Inilah perbezaan diantara dia dan Kevin De Bruyne dimana pemain terbaik harus memberi impak dalam perlawanan yang penting untuk pasukan mereka’.

Sumber daripada TheSun Football