Fernandes beri cadangan kepada United untuk menandatangani Ruben Neves

0

Pemain tengah Manchester United Bruno Fernandes dikatakan telah meminta kepada pihak pengurusan The Red Devils untuk mendapatkan pemain tengah Wolverhampton Wanderers FC Ruben Neves pada jandela perpindahan musim panas ini.

Menurut laporan dari Done Deal Show, Bruno Fernandes dilaporkan telah menghubungi pihak pengurusan United untuk memujuk pihak pengurusan menandatangani pemain ini.

Fernandes berpendapat Manchester United memerlukan pemain tengah bertahan yang baik untuk meningkatkan lagi kualiti pasukan mereka. Neves dinilai mempunyai kemampuan itu.

Lebih-lebih lagi, Neves mempunyai pengalaman bermain di England, jadi Fernandes berpendapat pemain tengah itu dapat memberi kesan besar kepada pasukan mereka.

Menurut laporan itu, permintaan Fernandes mendapat sambutan yang baik dari pihak pengurusan United.

Seperti Fernandes,pihak kejurulatihan United juga mengintai khidmat Neves.Mereka berpendapat pemain tengah itu dapat meningkatkan kualiti pasukan mereka.

Tetapi United dilaporkan tidak dapat bergerak untuk mendapatkan Neves, kerana mereka masih fokus untuk menyelesaikan perpindahan Raphael Varane.

Neves sendiri dilaporkan akan dijual oleh Wolverhampton pada musim panas ini.Pemain tengah itu dilaporkan berharga sekitar 35 juta pound.

- Advertisement -