Ferdinand dedah kisah CR7 yang menangis dimarahi oleh Ferguson kerana kerap bermain secara Solo

0

19DB3679-5CAF-425B-A06E-938133A06AD6 0A0B5B90-A408-44CC-8353-4068BF33E1A8

Cristiano Ronaldo sebelum ini mendedahkan salah satu sebab mengapa dia sanggup kembali ke Manchester United adalah disebabkan peranan Sir Alex Ferguson yang menyakinkan pemain itu.

Hubungan antara dua tokoh ini diketahui sangat erat.Ronaldo bermain di bawah pengurusan Sir Alex selama enam musim, bermula pada tahun 2003 sehingga dia direkrut oleh Real Madrid pada tahun 2009.

Boleh dikatakan, Sir Alex merupakan watak penting dalam perkembangan karier Ronaldo sehingga pemain itu berjaya memenangi Ballon d’Or pertamanya bersama United.

Meskipun Hubungan Ronaldo dan Sir Alex  sangat rapat namun terdapat cerita menarik suatu ketika dahulu dimana Ronaldo pernah menerima sedikit kemarahan dari Sir Alex sehingga membuatkan pemain itu menitiskan air mata.

Kisah itu telah didedahkan oleh bekas rakan sepasukan Ronaldo di Manchester United, Rio Ferdinand.Ferdinand mendedahkan cerita sebenar ketika Sir Alex tidak dapat menahan kemarahannya kepada Ronaldo.

Peristiwa itu berlaku ketika Manchester United bertemu Benfica di Liga Juara-Juara.Ferguson ketika itu dikatakan sangat marah dengan Ronaldo yang lupa akan tugasnya untuk bermain secara berpasukan.

“Di bilik persalinan, Ferguson tidak dapat menahan diri lalu memarahi Ronaldo: ‘Siapa anda?untuk bermain secara sendirian? Anda tidak akan pernah menjadi pemain terbaik jika anda melakukan ini!

“Ronaldo mula menangis.Para pemain yang lain meninggalkannya sendirian. ‘Dia harus belajar’. Itu mesej dari pasukan, bukan hanya Ferguson: Semua orang menganggap dia harus belajar,” kata Ferdinand.

Di sinilah mentaliti Ronaldo diuji.Dia sama sekali tidak malu, terluka atau bahkan kesal dengan Ferguson dan pemain Manchester United yang lain. Dia menggunakan detik itu sebagai pencetus untuk menjadi lebih baik.

Setelah peristiwa itu,kapten pemain Portugal itu terus bekerja keras dalam latihan untuk memperbaiki diri.

‘Hairdryer Treatment’ dari Sir Alex Ferguson telah terbukti berkesan kerana Ronaldo telah menutup musim 2007/08 dengan 42 gol dalam 49 penampilan di semua pertandingan, membantu Manchester United menjuarai Liga Juara-Juara dan memenangi Ballon d’Or pertamanya.

- Advertisement -