FC Copenhagen gembira menandatangani Johan Guadagno

0

Johan Guadagno telah meninggalkan United untuk berhijrah ke FC Copenhagen.

Dia telah meluangkan masa selama 3 minggu ketika sesi pemilihan di FC Copenhagen dan berjaya untuk menarik minat kelab tersebut untuk menandatangi kontrak selama 3 tahun. United sudah memberi kenyataan rasmi mengenai penghijrahan pemain muda 18 tahun itu.

Pengarah sukan pasukan FC Copenhagen Peter Christiansen telah memberitahu di websitenya,”Dia sangat dahaga dan sangat bercita-cita tinggi untuk memberikan aksi terbaik. Usianya yang masih muda pasti akan memberikan saingan dan dinamik kepada pasukan sedia ada kami.”

Jurulatih penjaga gol, Kim Christensen berkata,”Kami akan memiliki seorang penjaga gol berbakat dan mempunyai masa depan yang cerah.”

“Dia mempunyai karisma yang tinggi pada usia mudanya itu. Dia hanya perlu berkerja keras untuk memastikan kualiti dan prestasinya berada pada tahap terbaik.”

United telah mendatangani Guadagno pada 2 tahun lepas di mana dia sempat membuat 12 penampilan untuk pasukan bawah 18 tahun pada musim lepas.

Pada sebelum ini, United telah melepaskan Joel Pereira, Sergio Romero dan Jacob Carney kerana mereka semua ini tiada perancangan dalam pasukan senior United.

Nama seperti Radek Vitek, Dermot Mee, Ondrej Mastny, Matej Kovar dan Nathan Bishop merupakan pemain penjaga gol muda yang kini berada di pasukan akademik United. Mereka dijangka akan diberi peluang bermain secara pinjaman di kelab-kelab luar pada musim hadapan.

Johan Guadagno akan berada di posisi penjaga gol ketiga bagi pasukan FC Copenhagen.

“Ini merupakan pengalaman yang bagus buat saya. Saya teruja untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan perkembangan karier saya. Di sini saya akan belajar dengan penjaga gol yang bagus dan berpengalaman Sten Grytebust dan Kalle Johnson. Saya perlu buktikannya yang saya bersedia bersaing untuk penjaga gol utama.”

- Advertisement -