Facundo Pellistri mulakan latihan bersama pasukan Alaves

0

Pemain muda Manchester United, Facundo Pellistri telah memulakan latihan dengan pasukan barunya Alaves selepas melengkapkan perpindahan secara pinjaman pada musim baru ini.

Facundo Pellistri telah menyertai pasukan Alaves pada minggu lepas setelah berjaya mempamerkan aksi yang baik ketika perlawanan persahabatan pra-musim bersama pasukan United.

Pemain muda Uruguay ini pernah dipinjamkan pada separuh musim pada musim lepas dengan pasukan Alaves. Kini dia kembali semula bersama untuk meneruskan perkembangan positif kariernya bagi persediaan untuk bersama pasukan utama United kelak.

‘Musim baru akan bermula, saya gembira berada sebahagian daripada pasukan ini kembali.’

Facundo Pellistri telah menjalani latihan pertamanya bersama Alaves pada Isnin pagi baru-baru ini.

Dia telah berjaya membuat penampilan pertamanya di Old Trafford yang bakal menjadikan kenangan indah pada usia semuda ini.

Persediaan perlawanan persahabatan pra-musim telah memberikan sedikit permulaan yang baik bagi kariernya pada musim ini. Pengalaman tersebut pasti akan memberikan sedikit motivasi yang positif kepada kariernya pada musim ini. Dia akan berada di Alaves selama semusim bagi tempoh pinjaman kali ini.

Facundo Pellistri pasti berharap dapat berada dalam kesebelasan utama pasukan Alaves untuk eprlawanan pertama mereka menentang Real Madird pada hari Sabtu nanti.

Selamat maju jaya Facundo Pellistri. Semoga anda berjaya mendapat minit permainan di samping dengan tempoh pinjaman kali ini akan menghasilkan perkembangan positif kepada karier anda.

- Advertisement -