Facundo Pellistri mahu kekal di United tetapi Solskjaer mahu dia dipinjamkan. Apakah solusi terbaik?

0

Facundo Pellistri menjadi pemain tumpuan pada kemenangan United ke atas Derby County 2-1 dalam perlawanan pertama pra-musim malam tadi.

Pemain antarabangsa Uruguay ini telah memanfaatkan peluang untuk bermain untuk kali pertama bagi pasukan utama United dengan menjaringkan gol kemenangan pada perlawanan tersebut.

Facundo Pellistri yang membuat larian di kawasan kosong lalu mendapat hantaran cantik dari Shola Shoretire lalu menggelecek dengan sempurna penjaga gol pasukan lawan.

Bercakap kepada MUTV,’Saya telah berlari masuk ke kawasan tengah dan meminta bola daripada Shola. Dia nampak dengan baik larian saya. Saya berjaya mengawal bola tersebut dan melepasi penjaga gol lalu menjaringkan gol tersebut.’

Pellistri sudah melakukannya ketika bermain bersama pasukan bawah 23 tahun United pada musim lepas. Ada 1 gol daripada 3 gol yang dia berjaya jaringkan dalam penampilan bersama pasukan tersebut.

Namun Solskjaer mahu Pellistri dipinjamkan untuk satu musim lagi. Namun dia mahu kekal berlatih di United untuk musim baru ini.

“Saya telah ke Alaves, saya berasa sangat baik di sana. Namun, saya mahu cuba yang terbaik ketika berada di sini.”

“Saya sering kali berkerja kuat dalam sesi latihan. Saya ingin sangat kekal di sini. Jangan risau saya akan terus sentiasa memperbaiki prestasi saya dari semasa ke semasa.”

United akan menyambung kembali sesi latihan pada minggu ini. Pellistri akan turut serta dalam persediaan perlawanan persahabatan seterusnya menentang QPR.

Ia sesuatu yang baik untuk kita dengari dengan kata-kata semangat dan keyakinan daripada Pellistri. Kontrak dia bersama United sehingga 2026. Tidak perlu tergesa-gesa untuk memaksa diri.

United merasakan, Pellistri akan mendapat minit permainan yang lebih baik dalam lingkungan 30 perlawanan dalam 1 musim jika dia dipinjamkan. Jika dibandingkan dengan dia terus kekal di United, peluang untuk dia bermain adalah kurang.

Adakah dia bersedia untuk bersaing dengan Greenwood, Sancho dan Amad Diallo? Dia pasti akan berusaha untuk menarik minat Solskjaer dalam perancangan pasukan utama United pada musim ini. Perlawanan persahabatan seterusnya ini pasti akan menjadi medan terbaik untuk dia buktikan.

- Advertisement -