Buletin Manchester United

Facundo-Medina-menjadi-perhatian-United

Facundo Medina menjadi perhatian United

Manchester United dilaporkan sedang berusaha untuk mendapatkan pemain muda berusia 21 tahun, Facundo Medina. Facundo Medina merupakan pemain pertahanan tengah pasukan Lens dari kelab Perancis. Pemain berasal dari Argentina ini telah mempamerkan aksi berkualiti pada usia muda dalam Liga 1 Perancis setelah melengkapkan perpindahan bernilai £2.7 juta dari Talleres pada musim lepas.

United dikatakan serius untuk mendapatkan khidmat pemain muda ini. Laporan mengatakan United bersedia untuk mealkukan tawaran bernilai £11 juta untuk khidmat Medina. United dalam perjanjian tersebut bercadang untuk membeli dan meminjamkan semula pemain tersebut ke kelab dia bermain sekarang untuk tempoh sepanjang musim ini.

Tetapi ada juga yang mengatakan ia cuma sekadar khabar angin kerana Medina baru sahaja berhijrah ke kelab tersebut dan kelab tersebut belum bersedia untuk melepaskan khidmat pemain muda itu kerana masih mempunyai perjanjian kontrak. Bekas pemain bintang muda River Plate ini berjaya membuat 11 penampilan dalam kendalian pasukan Franck Haise untuk Liga 1 Perancis pada musim ini.

Persembahan yang dipamerkan Medina telah membuatkannya dipanggil untuk membuat penampilan bersama dengan pasukan kebangsaan Argentina pada september tahun lepas. Medina telah berjaya menyarung jersi Argentina pada pertemuan menentang Bolivia sebagai pemain gantian ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia. Beberapa kelab eropah dikatakan berminat mendapatkan khidmat pemain muda pada perpindahan januari ini. Medina dalam masa sama dikhabarkan bergelut dengan kecederaan pada buku lali sejak kebelakangan ini.

Sumber dari TheSun Football