Fabrizio Romano:”Konflik diantara Fernandes dan Solskjaer hanyalah rekaan semata-mata”

Khabar angin yang tidak selesa untuk kita dengar telah melanda kem Manchester United dalam seminggu yang lalu.Dilaporkan ada konflik dalaman antara Bruno Fernandes dan pengurus, Ole Gunnar Solskjaer.

Berdasarkan khabar angin ini, Bruno dikatakan sangat kecewa setelah MU tewas kepada Tottenham 1-6.Dalam laporan itu mendedahkan ia juga meragui kualiti Solskjaer sebagai jurulatih, terutama setelah gagal mendapatkan sasaran utama.

Sudah tentu konflik ini boleh berubah menjadi masalah besar.Meskipun begitu,khabar angin ini disahkan tidak benar oleh wartawan terkenal dari italia Fabrizio Romano.

Menurut Romano, khabar angin mengenai konflik Solskjaer vs Fernandes timbul kerana keputusan MU yang buruk di dalam padang.

Ianya berpunca dari  prestasi pasukan, dan ini pasti memberi kesan kepada Solskjaer sebagai jurulatih dan Bruno sebagai salah satu pemain utamanya.

“Khabar angin itu sangat kuat.Situasinya rumit ketika Anda mengalami kekalahan besar kepada Tottenham, itu sangat buruk,” kata Romano.

“Khabar angin seperti ini mempengaruhi pemain bintang dalam pasukan anda, dalam hal ini ada Bruno Fernandes dan Rashford di MU, ada banyak khabar angin yang muncul.

Dalam kes ini,Romano berpeluang untuk bercakap terus melalui sumber yang dipercayai. Dia juga menjamin bahawa berita konflik Fernandes vs Solskjaer itu sama sekali tidak benar, dan MU akan segera bergerak untuk menyelesaikannya.

“Hari ini saya berpeluang untuk bercakap dengan seseorang yang sangat dekat dengan Bruno dan dia mengesahkan bahawa berita itu sama sekali tidak benar dan salah,” sambung Romano.

“Buat masa ini tidak ada masalah antara Solskjaer dan Bruno Fernandes, atau antara Bruno dan pasukan dan apa yang saya tahu mereka tidak ingin terus membiarkan khabar angin ini terus berlanjutan.

Selanjutnya, Romano juga menjelaskan bagaimana watak Bruno Fernandes sebagai pemain.Pemain tengah Portugal itu jenis pemain yang hanya  fokus di padang dan amat mustahil untuk menimbulkan masalah dengan jurulatih.

“Memang benar bahawa MU sekarang berada di waktu yang sukar di dalam dan di luar padang, kerana pergerakan di pasar perpindahan musim panas ini tidak sempurna,” sambung Romano.

“Namun, Bruno tidak akan menimbulkan masalah di United. Dia gembira, dia fokus di padang dan dia sentiasa mahu menang.

Jom kongsi dengan rakan anda artikel ini.

Ruang Iklan

Jadual Perlawanan

Liga Perdana Inggeris

Keputusan Perlawanan

Liga Juara-Juara Eropah
PSG lawan Manchester United

Ruang Iklan

Pastikan anda ikuti kami di medium seperti di bawah :

Website : bmumalaysia.com
Facebook : buletinmanchesterunited
Instagram : buletinmanchesterunited
Twitter : buletinmanutd