Portal Rasmi

Kelab Peminat Buletin Manchester United (BMU)

Fabrizio Romano:”Jika bukan disebabkan Virus Corona sudah tentu pada hari ini kita sudah melihat ia menyarung jersi Juventus”

Wartawan terkenal dari Italia Fabrizio Romano mendedahkan bahawa Paul Pogba sepatutnya menjadi  pemain Juventus pada musim ini namun kesepakatan itu tidak terjadi kerana Juventus membatalkan hasrat untuk membelinya kerana krisis kewangan.

Paul Pogba adalah nama yang sering dibincangkan di pasaran perpindahan, terutama pada musim 2019/2020.Paul Pogba dikatakan tidak berpuas hati dengan potensi skuad Manchester United.

Terdapat beberapa sebab mengapa Paul Pogba gagal berpindah iaitu disebabkan United tidak mahu melepaskannya dan Kemudian, harganya terlalu mahal. Sebab lain adalah penurunan prestasi dan kecederaan yang dialami oleh Paul Pogba musim lalu.

Meskipun begitu,Fabrizio Romano mengesahkan bahawa Juventus berminat dengan Paul Pogba. Sebenarnya, ada peluang untuk kelab Turin itu dapat membeli Paul Pogba pada akhir musim 2019/2020.

Namun dek kerana wabak virus corona, Juventus gagal membuat tawaran untuk membeli Paul Pogba. Sebenarnya, kelab yang dimiliki oleh keluarga Agnelli telah menyediakan tawaran besar untuk Paul Pogba.

“Sekiranya tidak ada virus corona, Paul Pogba akan bermain untuk Juventus hari ini,” kata Fabrizio Romano dalam Podcast Here We Go, yang dilaporkan dari Sportsmole.

“Juventus bersedia membuat tawaran penting untuk Pogba tetapi dengan krisis kewangan mereka itu tidak mungkin terjadi” sambung Romano.

Bagi Paul Pogba, Juventus adalah kelab khas. Kerana, selama empat musim bermain di Turin, dia mengalami banyak situasi indah. Kerjaya Paul Pogba bermula ketika bermain di Juventus.

Namun, Paul Pogba mengakui bahawa ada kelab lain yang menjadi impiannya. Bekas pemain Le Havre itu mengakui bahawa dia mempunyai impian bermain di Real Madrid.

“Kita semua telah mendengar banyak perkara.Apa yang harus dikatakan? Ya, semua pemain bola akan suka bermain untuk Real Madrid. Mungkin itu adalah impian,” kata Pogba seperti yang dilaporkan oleh Goal International.

“Ini adalah impian buat saya, mengapa tidak suatu hari nanti? Namun, saya bermain untuk Manchester United dan saya sayang kelab saya. Saya tampil untuk Manchester United,saya bersenang-senang dan saya mahu melakukan segalanya untuk meletakkan kelab di tempat yang sepatutnya dan saya akan memberikan sebaik mungkin seperti rakan sepasukan saya yang la

Jom kongsi dengan rakan anda artikel ini.

Ruang Iklan

Jadual Perlawanan

Liga Juara-Juara Eropah

Keputusan Perlawanan

Liga Perdana Inggeris
Manchester United lawan Chelsea

Ruang Iklan

Pastikan anda ikuti kami di medium seperti di bawah :

Website : bmumalaysia.com
Facebook : buletinmanchesterunited
Instagram : buletinmanchesterunited
Twitter : buletinmanutd