Fabrizio Romano menjawab persoalan mengenai perpindahan Haaland ke United pada musim ini

0

Manchester United semakin hampir untuk melengkapkan satu lagi perpindahan terbesar mereka pada jendela perpindahan kali ini. Di laporkan persetujuan di antara kedua-dua kelab telah berjaya dan kontrak untuk Varane juga sudah dipersetujui.

Namun persoalan besar seterusnya, siapakan akan menjadi pemain seterusnya ayang kan datang ke Old Trafford?

Satu laporan daripada Mundo Deportivo ada memberitahu pada minggu ini yang United sedang mendapatkan Erling Haaland pada jendela perpindahan musim ini juga. Perpindahan tersebut telah melibatkan pertukaran Anthony Martial dengan tambahan wang sebagai pertukaran dengan Haaland.

Bekas pemain NFL, Chad Ochocino Johnson yang sedang bercuti bersama Pogba di Miami ada menanyakan soalan kepada Fabrizio Romano mengenai perbincangan perpindahan pemain penyerang Dortmund itu adakah ia benar-benar berlaku. Romano telah menjawab, ‘Tidak untuk musim ini!’

Jawapan yang diberikan Romano ini sudah dapat dijangka. Melakukan 1 perpindahan pemain daripada Dortmund untuk hampir 2 musim cukup sukar diselesaikan.

Dortmund tidak ada perancangan untuk menjual Haaland pada musim ini selepas dia baru sahaja bersama Dortmund untuk tempoh 18 bulan.

Pada musim hadapan, kemungkinan itu mungkin berlaku. Haaland mempunyai bayaran kontrak sekitar 60 juta pound. Dengan nilai tersebut adalah relevan untuk United mendapatkan Haaland. Namun bukan United sahaja yang berminat dengan penyerang muda itu, ada kelab-kelab besar yang lain juga mengintai peluang tersebut.

- Advertisement -