Evra berterima kasih kepada United setelah lengkap lesen kejurulatihan. Saya bersedia menjadi mana-mana pengurus pasukan

0

Bekas pemain pertahanan Manchester United, Patrice Evra telah lengkap menjalani segala kelas kejurulatihan dan kini bersedia untuk berpindah ke bidang pengurusan kelab. Dalam laman Instagramnya, dia telah menyatakan bahawa dia telah lengkap menjadi kursus A dan kursus B UEFA. Bekas pemain Perancis itu juga berterima kasih dengan United kerana telah memberi pertolongan kepadanya menimba ilmu dan meluangkan banyak masa bersama pasukan akademi United.

Bersedia Untuk Berkhidmat

Sekiranya cara kejurulatihan Evra sama dengan cara dia bermain, sudah pasti para peminat bola sepak tertunggu-tunggu dengan apa yang boleh dilakukan oleh Evra sedikit masa lagi.Evra telah bekerja di dalam akademi United untuk musim 2019/2020 dan pada musim lepas pembelajaran tersebut telah tertangguh kerana penularan Covid-19.

Bercakap kepada laman sesawang United,”Saya mahu mengurus. Tidak kira di mana sekali pun. Saya tidak kisah mana-mana pasukan. Biar takdir yang menentukan.”

Pemenang pingat Liga Juara-Juara Eropah 2008 itu juga mengakui pada tahun 2019, dia telah mendapat tawaran sebagai tenaga jurulatih dalam pasukan United pada masa akan datang. Evra juga berkata kepada ESPN,” Sekiranya saya kembali kepada kelab, bukan sahaja saya memegang jawatan, tetapi mengembalikan kegemilangan sebagai kelab terbaik di Eropah satu ketika dahulu. Sebagai seorang pemain, saya telah berkorban segalanya untuk kelab ini berjaya dan tidak kira pada masa akan datang jawatan apa pun,saya akan kembali berbakti.”

Impiannya memang ingin menjadi seorang pengurus. Menurutnya lagi, sesetengah orang percaya bahawa dirinya berjaya sebagai seorang pemain bola sepak, dirinya akan berjaya sebagai seorang pengurus. Falsafah ini tidak betul. Evra akan bermula dari bawah dan akan berusaha untuk berjaya serta melupakan kerjaya sebagai seorang pemain dahulu. Kita semua perlu mengucapkan selamat berjaya kepada Evra supaya dia dapat menerajui sesebuah kelab di masa akan datang dan berjaya di kelab tersebut.

- Advertisement -