Ethan Laird terus cemerlang bersama Swansea

0

Pemain muda United Ethan Laird terus mempamerkan aksi cemerlang dan mengagumkan ketika bersama Swansea City dalam saingan Liga Championship. Pemain berusia 20 tahun ini bermain 90 minit permainan ketika Swansea menang 1-0 ke atas Huddersfield Town. Laird telah mempamerkan kualiti yang sangat luar biasa sepanjang perlawanan tersebut.

Ini merupakan perlawanan ke-6 berturut-turut bagi Laird dalam kesebelasan utama Swansea. Pada musim ini dia telah menunjukkan perkembangan yang baik. Dia berjaya bermain setiap minggu dan itu merupakan 1 kebaikan kepada pembangunan kariernya. Dia berjaya menyesuaikan dirinya bermain bersama dengan pemain senior dalam pasukannya. Pemain pertahanan kanan ini telah melakukan 2.3 ‘dribbles’ pada setiap perlawanan. Menurut Statistik yang dikeluarkan WhoScored, nilai tersebut kurang sedikit dari Marcus Tavernier 2.6, Siriki Dembele 2.9 dan Josh Bowler 3.6.

Rakaman aksi bertenaga Laird

Jika persembahan minggu ini di ambil kira, dijangka statistik berkenaan akan bertambah baik. Dia telah melakukan 3 ‘dribble’ ketika berhadapan pemain pasukan Huddersfield dan merupakan tertinggi dikalangan pemain di atas padang. Kepantasan dan kelincahan larian yang dilakukan Laird menjadi kunci utama serangan pasukan Swansea. Namun pengurus pasukan Swanse telah memberikan cabaran kepada Laird untuk cuba menjadi penjaring gol bagi pasukannya itu.

Dalam perlawanan semalam, walaupun Laird amat memainkan peranan dalam membantu bahagian serangan, namun dia juga berjaya mempamerkan aksi bertahan yang sangat mantap. Dia telah melakukan 4 ‘tackle’, 1 ;interception’ dan 1 ‘clearance’.

- Advertisement -