Ethan Laird mampu bersaing dengan Wan-Bissaka

0

Jika sebelum ini kita bercerita mengenai Di’Shon Bernard di Hull City, kini kita beralih kepada rakannya Ethan Laird yang bermain untuk pasukan Swansea City. Ethan Laird telah bermain untuk kali ke-3 bersama pasukan tersebut. Perlawanan menentang Hull City adalah perlawanan pertama rekod ‘cleen sheet’ mereka catatkan. Swansea terikat tanpa jaringan ketika menentang Hull City.

Ethan Laird telah mencipta 2 peluang untuk rakan sepasukan dan memenangi 3 ‘aerial battle’ sepanjang perlawanan. Ethan Laird yang berusia 20 tahun, telah membuktikan yang dia mampu bermain dalam saingan Liga Championship. Jika dia terus bermain dan mempertingkatkan prestasi semasanya ini, dia mampu bermain dalam kancah saingan Liga Perdana Inggeris pada musim hadapan.

Kompilasi aksi permainan Ethan Laird.

Ethan Laird berada di senarai teratas bagi pemain bawah 21 tahun yang berjaya membuat ‘dribble’ dalam saingan di Liga Championship. Walaupun dia seorang pemain pertahanan kanan, dia kerap berusaha melepasi pemain lawan dalam mencipta peluang kepada rakan sepasukannya. Kita tidak perlu lagi Trippier di posisi pertahanan kanan, kerana Ethan Laird mempunyai kualiti yang baik untuk masa depan United.

  1. 1️⃣ Ethan Laird – 8.50
  2. 2️⃣ Alex Mighten – 7.67
  3. 3️⃣ Keane Lewis-Potter – 5.38
  4. 4️⃣ Brennan Johnson – 5.16
  5. 5️⃣ Alex Scott – 5.02

- Advertisement -