Ethan Laird diintai Swansea

0

Manchester United perlu melakukan keputusan yang tetap mengenai perpindahan atau pinjaman pemain sebelum tutup jendela perpindahan bagi musim ini terutamanya di posisi ‘full-back’.

Aaron Wan-Bissaka dan Luke Shaw merupakan pilihan utama bagi posisi di kanan dan kiri pertahanan United. Di jangka Trippier akan hadir ke United pada hujung bulan ini.

Alex Telles sedang mengalami kecederaan pada ketika ini namun dia akan kembali pulih dalam beberapa minggu lagi. Dia akan menjadi watak penting sebagai pemain gantian kepada Luke Shaw pada musim ini.

Namun, nasib bagi 2 pemain muda berbakat United, Brandon Williams dan Diogo Dalot masih menjadi tanda tanya. Bagi Ethan Laird, pemain akademik ini semakin suntuk usianya untuk merebut tempat dalam pasukan utama United.

Ethan Laird pada musim lepas telah dipinjamkan ke MK DOns di ‘League 1’

Bekas pengurus pasukan MK Don yang kini dilantik menjadi pengurus Swansea, Russell Martin berminat untuk mendapatkan Ethan Laird secara pinjaman dari United.

United dikatakan bersedia melepaskannya pada musim ini secara pinjaman kerana dia memerlukan minit permainan pada usia ini. Kariernya lebih sesuai bermain di liga ‘Championship’. sebelum dia bersedia bermain di liga yang lebih mencabar.

Pinjaman tersebut akan membuka ruang dan peluang untuk dia kembali ke United pada musim akan datang dan bersaing tempat dengan pasukan utama United. Jika dia terus kekal di United, dengan kehadiran Trippier jika benar, peluang untuk dia bermain adalah terhad.

Dia gagal bermain dalam pasukan Solskjaer pada perlawanan pra-musim disebabkan kecederaan yang menimpanya. Ia sekaligus menutup ruangnya mendapat tempat dalam pasukan United pada musim ini. Pemain-pemain muda lain mendapat peluang untuk bermain namun tidak bagi Laird. Pinjaman ke Swansea amat bagus untuk perkembangan kariernya pada musim baru ini.

- Advertisement -