Ethan Laird cemerlang bantu Swansea lakukan aksi ‘comeback’

0

Anak muda dari Manchester United, Ethan Laird kini telah beberapa kali telah mempamerkan prestasi yang baik dikalangan para pemain muda yang telah dipinjamkan pada ketika ini. Laird berada dalam kesebelasan utama pasukan Swansea City telah melawan kembali selepas ketinggalan 0-3 untuk mengikat kedudukan kepada 3-3.

Pemain muda United ini telah memainkan peranan penting dalam kebangkitan pasukan Swansea. Dia telah mencipta ‘assist’ kepada gol penyamaan yang ke-3 pada minit kecederaan sekaligus menyebabkan para peminat meraikan dengan liar. Laird bermain sebagai pemain pertahanan kanan dan pasukan Luton gagal mencari jawapan untuk menghalang kemaraan pemain muda ini.

Dia telah melakukan 6 peluang gol kepada rakan sepasukan dan 3 daripadanya menerusi hantaran lintang. Prestasi Laird ini telah menerima penghargaan daripada pemain berpengalaman Swansea City yang juga rakan sepasukannya, Jamie Paterson. James telah memuji kualiti hantaran yang telah dilakukan oleh Laird dalam perlawanan tersebut.

Screenshot_20210919-135300_Instagram-1024x671

Laird dan Swansea City berjaya mempamerkan karakter sebenar mereka selepas memulakan perlawanan dengan layu sebelum kembali bangkit untuk mendapatkan 1 mata berharga. Bagi Laird, ia merupakan ‘assist’ yang ke-2 bagi dirinya pada musim ini dan dia mempunyai masa depan yang cerah bersama United kelak kerana berjaya menyesuaikan dirinya dengan permainan dalam saingan liga ‘Championship.’

Statistik individu Laird dalam perlawanan tersebut.

Kecederaan pada awal musim ini benar-benar mengganggu peluangnya untuk bermain dalam perlawanan persahabatan pra-musim bersama United. Namun perpindahan secara pinjaman ini merupakan sesuatu yang bagus buat kariernya jika dibandingkan dengan musim sebelum ini.

- Advertisement -