Ethan Galbraith mendapat sokongan dari rakan sepasukan barunya ketika buat penampilan pertama di Doncaster

0

Pemain muda United, Ethan Galbraith telah melengkapkan perpindahan secara pinjaman ke Doncaster Rover pada Jumaat lepas.

Sehari selepas itu, dia telah dinamakan dalam kesebelasan utama pasukan dalam ‘League One’ bagi perlawanan menentang Sheffield Wednesday.

Ethan Galbraith sebenarnya bermain diposisi sayap di bahagian serangan. Namun di kelab barunya ini, dia telah bermain sebagai pemain tengah ‘defensive midfielder’ dalam membantu merencanakan serangan dari bahagian bawah.

Pemain berusia 20 tahun ini berasal dari Northern Ireland telah bermain bersama-sama dengan bekas rakan-sepasukannya di akademik United, Aidan Barlow yang telah menyertai Doncaster pada awal musim baru ini selepas hampir setahun tidak bermain.

Doncaster tewas 2-0 dalam perlawanan menentan Owls dan Galbraith telah bermain 90 minit penuh permainan. Dia menerima 1 kad kuning namun dia telah mencipta 3 peluang gol untuk rakan sepasukannya dan yang tertinggi dikalangan dalam pasukan. Galbraith juga telah melakukan 3 ‘tackles’ dan 2 ‘interceptions’ di sepanjang perlawanan.

Dengan hampir 70 perlawanan dalam penampilan bersama pasukan akademik United, Galbraith telah membuktikan dia berjaya bermain dengan baiak dalam liga bola sepak profesional pada ketika ini. Persembahan baiknya itu telah menerima pujian dari rakan sepasukanya seperti John Bostock yang juga merupakan bekas pemain Crystal Palace, Spurs dan Nottingham Forest.

‘Galbraith telah bermain dengan baik pada perlawanan tersebut walaupun dia dilihat akan malu-malu pada permulaannya. Itu merupakan persembahan yang bagus untuk peranmpilan pertamanya bersama kami.’

‘Gembira dengan keberadaannya di sini, kerana perjalanan pasukan masih jauh dan ini baru permulaan. Saya selesa bermain dengannya dan berharap dapat mempertingkatkan persefahaman yang lebih bagus pada perlawanan yang seterusnya.’

- Advertisement -