Ethan Ennis telah menandatangani kontrak bersama United

0

Kita beralih kepada kisah kem pasukan muda United. United telah berjaya menandatangi seorang pemain muda berbakat, Ethan Ennis.

Pemain yang berusia 16 tahun ini telah menolak tawaran untuk memperbaharui kontrak bersama kelab lamanya iaitu Liverpool.

Ethan Ennis telah muat naik gambarnya memegang jersi United di Old Trafford untuk meraikan kehadirannya ke United.

Sebelum hadir ke United, pemain muda ini telah hadir ke sesi latihan pasukan Chelsea juga pada Jun lepas. Namun Ethan Ennis lebih cenderung untuk memilih United sebagai destinasi pilihan untuk perkembangan kariernya.

Ethan Ennis merupakan pemain muda pertama United dapatkan pada musim panas ini. Dia dijangka akan menyertai latihan bersama pasukan 18 tahun United.

Pada musim lepas dia telah bermain untuk 7 perlawanan bersamam pasukan bawah 18 tahun Liverpool dengan 2 jaringan gol dan 1 ‘assist’. Dia juga berjaya mencipta hatrik ketika perlawanan piala ‘FA Youth Cup’ dalam penampilannya bersama pasukan liverpool itu.

Ethan Ennis merupakan seorang pemain perancang tengah dan boleh juga bermain sebagai penyerang. Kebolehannya itu telah pasti dinantikan oleh pengurusan United untuk melihat sendiri perkembangan positif pemain muda bagi persediaan musim baru mereka.

- Advertisement -