Erling Haaland sampaikan ucapan perpisahan

0

Erling Haaland sampaikan ucapan tahniah kepada Sancho di atas perpindahannya ke United dengan secara rasminya semalam.

Penyerang utama pasukan Dortmund itu menghantar mesej, “Semoga maju jaya Sancho untuk karier baru anda di sana. Kita telah mempunyai masa yang baik ketika bersama di sini. Tak sabar ingin melihat nada berjaya di sana.”

Sancho ada bercakap mengenai Haaland semasa sesi temuramah, “Halaand dan Jude Bellingham merupakan pemain berbakat dan pasti mempunyai gandingan yang mantap pada masa akan datang. Saya tidak sabar untuk melihat kedua-dua mereka bermain bersama selepas ini.”

Daripada cerita yang dicerita Sancho, kita boleh lihat Dortmund merupakan tempat yang baik untuk mengembangkan bakat dan kualiti seseorang pemain seperti yang mereka lakukan kepada Sancho. Bayangan salah seorang daripada mereka ini pasti akan menyertai United pada masa depan.

Sancho telah menandatangi kontrak sehingga 2026 dengan syarat pilihan untuk 1 tahun lagi tambahan. Sancho akan kembali bersama United pada awal Ogos ini kerana dia sedang bercuti selepas bersama dengan pasukan England pada Euro 2020 baru-baru ini.

- Advertisement -