Van De Beek hadir ke Old Trafford dengan prospek besar sebagai pemain muda Belanda yang berbakat besar ketika bersama Ajax. Datang United untuk memperkuatkan lagi bahagian tengah United yang dilihat longlai.
Tapi, pemain tengah ini kurang mendapat tempat minit permainan disebabkan beberapa halangan yang berbangkit. Sukar beraksi baik, masalah kecederaan dan saingan terlalu kompetitif
Sebelum ni Erik ten Hag sendiri terkejut dengan perubahan yang mendadak dari bekas anak buah nya di Ajax, Ten Hag terkejut dengan penurunan prestasi Donny Sepanjang dia bersama United
Kini dia sudah kembali dari kecederaan dan sebelum ini mendapat beberapa peluang dari dua perlawanan. Sebagai pemain gantian dan mendapat kesebelasan utama berdepan Real Sociedad..
Ini untuk mencari semula keyakinannya yang telah lama hilang. Tidak mewakili Belanda ke World Cup mungkin juga masa tu boleh dia bekerja keras memantapkan dirinya. Sebab peluang untuk bermain lagi tinggi selepas piala dunia..
Erik Ten Hag tidak bersedia untuk berputus asa terhadap kemampuan Donny Van De Beek.
Dalam persidangan pra-perlawanannya, pengurus itu ditanya sama ada kelab perlu menerima sekarang kerana menandatangani tidak berjaya.
Dia berkata (melalui The Athletic )
“Ya, tetapi itu tidak boleh sekarang. Kerana dia mempunyai pramusim yang agak baik, dia cedera.
“Sekarang dia kembali, minggu lepas dia datang dan saya rasa dia bermain dengan sangat baik – 50 minit – dan saya rasa hari ini adalah persembahan yang baik.”
“Saya tahu dia boleh melakukan yang lebih baik kerana saya mengenalinya dengan baik, tetapi dia menyampaikan apa yang saya harapkan dari segi kedudukan dan juga tekanan, dari segi peralihan.”
Dengan permainan One touch yang dinamik dia boleh bermain di posisi Bruno, tapi tidak terkejut juga dia boleh mengisi posisi Eriksen kerana di Ajax juga pernah bermain di posisi tersebut dan menyerlah.
Kehadiran Casemiro boleh membuatkan permainan VDB lebih baik. Cuma dia perlu bekerja keras membuktikan kemampuannya
Dia masih muda, kena Restart mindset semula untuk bermula sekali lagi dari bawah. Tiada yang mustahil untuk VDB. Perjalanan setiap pemain berbeza, ada zaman peaknya ketika muda dan ada yang sudah berumur.