Perlawanan yang cukup dramatik di Old Trafford. Walaupun seakan United dengan mudah menjinakkan lawan, tapi ianya bertukar menjadi drama di masa kedua
Pengurus Erik ten Hag berpuas hati dengan kerja keras dan ketabahan anak buahnya selepas kemenangan 2-1 ke atas Crystal Palace.
Ia adalah sukar apabila United yang turun dengan 10 pemain pertahanan untuk menuntut tiga mata dalam apa saja yang berlaku di Old Trafford.
United mendahului dengan gol Bruno Fernandes dimasa pertama. Kemudiaannya dengan gol kedua Rashford di babak kedua
Namun ianya menjadi dramatik apabila kad merah Casemiro. Lawan mula menaikkan tempo dan berjaya mendapat gol semangat.
Ten Hag bercakap tentang keputusan tidak adil untuk memberi Casemiro kad merah:
“Ia mengenai ketidakkonsistenan. Bukan sahaja dalam permainan ini, tetapi di padang lawan Crystal Palace, mereka terkena di mata Martínez, VAR tidak melakukan apa-apa, dan hari ini mereka melakukannya. Semuanya bermula dengan cabaran agresif terhadap Antony, selepas itu mereka juga tidak terkena hukuman apa-apa.”
“Pemain dari Crystal Palace memulakan provokasi ini, mereka mengambil risiko besar dengan cubaan mencederakan Antony”.
“Saya melihat dua pasukan bertengkar dan dua pasukan melintasi garisan, tetapi hanya pemain kami yang dibuang padang dan perkara itu tidak betul sama sekali”.
“Pasukan kami melindungi untuk satu sama lain, mereka tidak boleh menerimanya apabila pemain dari pasukan kami cuba dicederakan dengan sengaja dan sangat kasar”.
“Ramai pemain lain melintasi garisan, termasuk beberapa pemain Crystal Palace. Tapi VAR tidak campur tangan dengan mereka dan menghukum mereka sepertimana kami”.
“Garnacho dan Rashford memberikan kami dinamik yang sama sekali berbeza. Itu (gol Rashford) adalah gol berpasukan yang sempurna buat saya secara peribadi. Itu adalah proses berpasukan yang diakhiri dengan umpanan silang dari Luke Shaw untuk Marcus.”
Sumber : MEN, Man Utd News