Erling Haaland Haaland kecewa dengan perpindahan Jadon Sancho

0

Keluarga Haaland dilihat tidak begitu senang dengan perpindahan Jadon Sancho ke United. Pada minggu lepas, Fabrizio Romano telah memberitahu di media sosialnya mengenai pengesahan perpindahan Jadon Sancho ke United.

Bapa Haaland telah memberi reaksi yang mengejutkan disamping mengucapkan selamat maju jaya kepada pemain sayap tersebut.

Sudah hampir seminggu Haaland menyepikan diri dan membuktikan yang dia kecewa dengan perpindahan rakan sepasukannya itu. Haaland telah membalas imoji sedih pada instagram milik Sancho.

Komen Haaland tersebut telah membuatkan segelintir peminat mengesa dia untuk ikuti langkah Sancho berhijrah ke United selepas dilihat sedih dengan pemergian Sancho.

Moga-moga dia boleh berfikir mengenai perkara tersebut.

Gandingan kedua-dua pemain ini begitu menyerlah di Bundesliga tetapi siapa sangka kedua-dua pemain ini menjadikan pasukan Dortmund sebagai tempat batu loncatan kepada karier mereka.

Haaland telah menamatkan musim bersama Dortmund tanpa kehadiran Sancho. Dia dilihat begitu cemas untuk produktivitinya untuk musim hadapan dengan ketiadaan pemain sayap England itu.

Keakraban kedua-dua pemain ini pasti akan memberikan Haaland pilihan untuk bertukar fikiran berhijrah ke United pada masa akan datang.

- Advertisement -