Buletin Manchester United

Eric-Bailly-dan-Phil-Jones-tidak-dapat-beraksi-menjelang-Piala-FA-nanti

Eric Bailly dan Phil Jones tidak dapat beraksi menjelang Piala FA nanti

Pengurus pasukan United, Ole Gunnar Solskjaer memberitahu khidmat Eric Bailly dan Phil Jones tidak dapat digunakan menjelang perlawanan Piala FA awal pagi ini. Man United akan bertemu dengan pasukan West Ham pada pusingan ke-5 di Old Trafford.

Eric Bailly tidak dapat diturunkan sejak pertemuan United menentang Fulham pada 20 Januari 2021 kerana mengalamai kecederaan. Sejak daripada itu, Bailly tidak beraksi untuk 5 perlawanan United yang seterusnya. Manakala Phil Jones pula masih belum cergas sepenuhnya daripada kecederaan yang dialaminya sejak musim panas 2020.

‘Eric Bailly sedah berada dalam fasa pemulihan tetapi belum cergas sepenuhnya untuk bermain untuk Piala FA ini. Dia tidak berlatih dan bermain untuk beberapa minggu oleh yang demikian faktor itu pasti akan memberi risiko kepada dirinya. Namun, situasi bagi pemain sedia ada kami kini berada dalam keadaan cergas sepenuhnya’ kata Solskjaer pada sidang media.

Solskjaer berharap Jones dapat mendapatkan kembali kecegergasaan selepas pemain berusia 28 tahun itu sudah lama tidak beraksi dalam perlawanan yang melibatkan pasukan senior pada musim ini. ‘Saya berharap Jones boleh kembali bersama dengan pasukan kami secepat mungkin. Dia merupakan pemain yang berbakat dan dia sedang berusaha untuk mengembalikan peluang kariernya bersama United.’