Ejen Van De Beek beri komen mengenai masa depan pemain tengah United itu

0

Sudah hampir setahun Donny van de Beek menyertai Manchester United dengan nilai perpindahan sebanyak 35 juta Pound dari Ajax Amsterdam. Pemain antarabangsa Belanda ini masih lagi menanti panggilan sebenar untuk bermain secara regular dari pengendali United, Ole Gunnar Solksjaer.

Solskjaer dilihat masih lagi tidak mahu menggunakan Van de Beek dalam perancangan sejak musim lepas lagi. Van de Beek sering kali diletakkan di bangku simpanan walaupun ketika itu kecergasannya dalam keadaan yang baik. Ejen kepada Donny van de Beek, Guido Albers mempertahankan kliennya itu dalam satu temubual bersama De Telegraaf.

Albert menyatakan yang Van de Beek telah mempamerkan persembahan yang baik ketika pra-musim yang lepas. Para peminat juga telah tertarik dengan permainan yang disajikannya tempoh hari. Kini, terletak kepada penjelasan pengurus atas sebab Van de Beek tidak bermain dalam dua perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris.

Kata-kata ejen Donny.

Komen Solskjaer terhadap Van de Beek sudah jelas tetapi persoalan yang timbul adalah di mana pemain Belanda ini akan diletakkan di bahagian tengah. Sudah pasti dia akan bermain dalam pelbagai posisi di bahagian tengah.

Menurut The Altletic, Donny Van de Beek masih dilihat sebagai alternatif kepada Bruno Fernandes dan Paul Pogba. Kita perlu melihat yang Bruno Fernandes masih lagi menjadi aset utama United di bahagian tengah dalam setiap perlawanan. Pogba Pula telah mendapatkan 5 ‘assist’ dalam 2 perlawanan Liga. Van de Beek pula masih belum mempunyai peluang menunjukkan prestasi yang cemerlang setakat ini.

Berbatov menggesa Van de beek meninggalkan United sebelum jendela perpindahan di tutup.

Kemungkinan juga Solskjaer akan meletakkan Van de Beek di bahagian bawah sedikit bersama-sama Scott McTominay. Perlawanan yang lepas ketika menentang Southampton, barisan tengah United telah menunjukkan aksi kurang meyakinkan. Kegagalan menguasai bola, hantaran yang kurang kemas serta perlahan dalam membuat keputusan antara faktor-faktor yang mempengaruhi kegagalam mengutip 3 mata penuh.

Para pemain memerlukan kreativiti dan tenaga di bahagian tengah untuk menjana serangan ke atas pihak lawan. Gandingan Nemanja Matic dan Fred tidak menjadi dalam perlawanan tersebut. Van de Beek dan ejennya berharap Solskjaer akan memberi peluang dalam perlawanan akan datang supaya kariernya di United dapat berkembang dengan baik dan menjadi aset penting di masa akan datang.

- Advertisement -