Ejen Saul Niguez terbang ke England untuk bertemu perwakilan United dan Liverpool

0

Kisah perpindahan Saul Niguez yang dikaitkan dengan United dan Liverpool nampaknya akan berakhir setelah media UK mendedahkan bahawa Ejen kepada pemain tengah Atletico Madrid itu dilaporkan terbang ke England untuk menyelesaikan perpindahan pemain tengah itu.

Saul yang merupakan pemain utama Atletico Madrid dikatakan bertekad akan berpindah musim panas ini Setelah pemain tengah itu dikatakan mempunyai visi yang berbeza dengan pengurus, Diego Simeone.

Saul sendiri dilaporkan berminat dengan beberapa kelab terkemuka di Eropah.Salah satunya ialah Manchester United dan Liverpool yang telah lama berminat menggunakan khidmatnya.

The Daily Star mendedahkan bahawa perpindahan Saul ini boleh berlaku pada musim ini kerana Ejen pemain itu dilaporkan melakukan perjalanan ke England untuk menyelesaikan perpindahan ini.

Menurut laporan itu,ejen Saul akan bertemu dengan perwakilan Liverpool dan Manchester United di England.Kedua-dua kelab dilaporkan sama berminat dengan Saul.Oleh itu ejen Saul akan bertemu kedua-dua kelab.

Ejen itu akan mendengar tawaran kedua-dua kelab itu sebelum memutuskan ke mana Saul Niguez akan berpindah ke musim depan.Liverpool dan Manchester United harus bersedia mengeluarkan dana untuk menandatangani Saul.

Pemain tengah itu dikatakan mempunyai harga yang mahal Kerana kontraknya di Wanda Metropolitano masih panjang.

Manchester United dan Liverpool harus mengeluarkan sekitar 60 juta Euro untuk membawa pemain tengah itu.

Saul dilaporkan sangat berminat bermain di England kerana dia mempunyai impian untuk bermain  di Liga Perdana.

- Advertisement -