Ejen Rashford

Rashford dilihat seperti sengaja muat naik di laman sosial keakraban dirinya bersama Sancho.

0 88

Marcus Rashford tidak menafikan keakraban persahabatan di antara dirinya dengan Jadon Sancho. Jadon Sancho merupakan pemain buruan United sejak dari musim lepas lagi.

Dalam sesi temubual pada tahun lepas, Rashford pernah berkata,’Sancho merupakan seorang pemain yang bagus. Dia merupakan pemain berkualiti dari generasi sekarang dan saya gembira untuk melihat dia menjadi seorang pemain bintang. Saya juga berharap kami dapat bermain bersama suatu masa nanti.

Khabar angin perpindahan Sancho ke United bertiup kencang sejak dari musim lepas. Namum kali ini lain ceritanya. Rashford seperti sedang memanaskan lagi keadaan dengan memuat naik gambar dia berlatih bersama Sancho pada ketika sesi latihan pasukan England.

Rashford dan Sancho kini sedang sibuk untuk persediaan pasukan England bagi menghadapi Piala Eropah pada bulan Jun ini. Mereka berdua tidak diturunkan pada sesi perlawnan menentang AUstria baru-baru ini.

Kedua-dua pemain ini dijangka akan diturunkan pada perlawanan menentang Romania pada Ahad ini untuk perlawanan terakhir pemanas badan sebelum kejohanan Piala Eropah bermula.

United semakin kesuntukan masa. Jika perbincangan tidak dilakukan sebelum kejohanan Piala Eropah bermula, maka United harus menunggu sehingga awal musim hadapan.

Kehadiran Sancho pasti akan memberi perubahan kepada barisan serangan United. Rashford pasti akan lebih tertumpu pada serangan sebelah kiri. Sedangkan pada musim ini dia kerap ditukar dari kini ke kanan mahupun kanan ke kiri.

United harus membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk membawa masuk Sancho bagi mengurangkan tekanan kepada Rashford, Martial dan Greenwood. Segala serangan tertumpu pada sebelah kiri padang.

Segalanya dapat di lihat pada perlawanan akhir Piala Europa di mana kita dapat melihat Rashford begitu ketandusan idea untuk melepasi benteng pertahanan Villarreal.