Edinson Cavani menafikan gosip perpindahan ke Real Madrid dan akan terus kekal bersama United

0

Edinson Cavani telah menafikan perbincangan yang berlaku mengenai perpindahannya ke Real Madrid. Menurut sumber dari akhbar Mundo Deportivo melaporkan Cavani telah menjadi sasaran utama pasukan Real Madrid bagi jendela perpindahan Januari ini.

Cavani tidak berminat dan telah menafikan dengan perkara tersebut. Dia telah bercakap dengan ESPN selepas tiba di Uruguay untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia. Cavani berkata, ‘Musim ini baru sahaja bermula, Saya tidak akan bercakap mengenai perpindahan. semua orang boleh bercakap mengenai perkara tersebut. Ini semua sebahagian daripada pemasaran untuk melariskan cerita yang mereka kongsikan.’

Cavani juga telah ditanye mengneai kehadiran CR7 dalam pasukan United dan adakah perkara itu akan menganggunya. Pemain penyerang veteran itu tidak melihat perkara itu sebagai satu perkara yang negatif. Cavani berkata lagi,’Perkara ini telah berlaku, banyak khabar angin dan perdebatan telah direka. Bola sepak adalah bola sepak dan anda tidak seharusnya berpandangan negatif mengenai perkara tersebut. Apa yang penting adalah anda harus terus kekal bersedia untuk bermain untuk pasukan. Anda mahu terus berada bersama dalam pasukan.’

Cavani berada dalam musim terakhir bersama United dan CR7 akan kekal bersama United 1 tahun lagi selepas itu. Secara logiknya, CR7 akan terus menjadi tonggak pasukan United untuk musim hadapan. Kedua-dua pemain ini mempunyai rekod jaringan yang amat baik untuk kelab dan negara. Mereka mempunyai corak permainan yang amat berbeza tetapi ini akan menjadi kunci utama kepada kejayaan pasukan United pada musim ini.

Peminat ingin melihat keuda-dua pemain penyerang ini bekerjasama dan bermain bersama dalam kesebelasan utama United. Cavani sememangnya sangat komitment dengan kariernya bersama United. Apabila dia telah menandatangai kontrak tambahan sehtaun, dia akan terus menunjukkan kesetian kepada kelab.

- Advertisement -