Edinson Cavani main 90 minit ketika Uruguay seri dengan Chile

0

Edinson Cavani melengkap 90 minit permainan ketika Uruguay mendapatkan mata pertama mereka dalam kejohanan Copa Amerika.

Uruguay menyamakan kedudukan untuk mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan pasukan Chile, ia merupakan perlawanan kedua mereka. Uruguay tewas 0-1 kepada Argentina pada perlawanan pertama.

Penyerang Man United, Cavani telah mengetuai barisan serangan Uruguay yang mana dia dalam usaha menambah jumlah jaringan di peringkat antarabangsanya kepada 51.

Walaupun dia tidak berjaya menjaringkan gol pada perlawanan tersebut, Cavani berjaya untuk memastikan pemain pertahanan pasukan Chile berada dalam kesukaran sepanjang perlawanan.

Eduardo Vargas telah meletakkan Chile mendahului di hadapan pada separuh msa pertama selepas mendapat hantaran daripada Ben Brereton.

Uruguay telah melakukan 3 percubaan dan mencipta 2 peluang untuk rakan sepasukan. Dia telah melakukan 42 sentuhan bola dan memenangi 6 bola ‘recoveries’.

Cavani telah bermain dengan baik sepanjang perlawanan, Tetapi dia mengalami kesukaran untuk mendapatkan ruang untuk mencipta gol dan apabila ruang tersebut menjelma bola pula tidak sampai.

Jika anda merindui aksi Edinson Cavani, anda boleh saksikan di kejohanan Copa Amerika. Cavani dikatakan berjaya mempamerkan aksi yang bagus ketika di United walaupun dalam tempoh yang singkat.

Dengan usianya kini 34 tahun, seharusnya dia hanya berjalan dan tidak perlu bekerja keras. Dengan reputasinya dia boleh menunggu bola didalam kotak penalti dan menunggu peluang itu tiba.

Namun, Cavani sering kali melakukan larian ‘diagonal’ di antara pemain pertahanan dan sering kali berada di kedudukan yang baik untuk mendapat hantaran daripada kawasan bawah (pemain pertahanan) atau tepi padang.

Apabila ada pemain melakukan percubaan, dia akan berlari ke arah penjaga gol sekiranya bola tersebut muntah atau melantun kembali. Kerja keras yang dilakukannya itu membolehkan dia menjadi seorang penyerang yang berjaya sepanjang kariernya.

Dalam perlawanan tersebut, Cavani mempunyai peluang yang baik tetapi bola di atas garisan diselamatkan oleh penjaga gol selepas dia melakukan tandukan dari hantaran lintang. Bola tersebut seharusnya gol dengan kualiti yang dia ada.

Pada separuh masa kedua pula, Cavani mempunyai 1 lagi peluang di mana dia berjaya melepasi perangkap off-side dan melakukan rempatan namun sedikit tersasar dari tiang gol.

Inilah lumrah seorang penyerang. Ada kala anda akan berjaya menjaringkan gol, ada kala anda tidak berjaya menyempurnakan peluang tersebut. Jika dilihat kepada statistik Cavani sepatutnya menjaringkan 1 gol dalam 3 percubaan yang dia lakukan. Malam yang tidak bernasib baik buat Cavani.

Walau bagaimanapun anda pasti seronok menyaksikan aksi Cavani pada usia yang sebini tetapi masih berusaha keras untuk menjadi penjaring gol.

United beruntung kerana berjaya mengikat 1 tahun kontrak lagi bersama Cavani. Para peminat pasti tidak sabar memenuhi stadium dan menyaksikan aksi pemain veteran ini mungkin untuk musim terakhirnya bersama United.

- Advertisement -