Edinson Cavani mahu bersama C.Ronaldo di United

0

Edinson Cavani telah berjanji untuk kekal komitmen bersama Manchester United pada musim ini. Wartawan terkenal, Fabrizio Romano telah menafikan laporan The Mirror yang memberitahu mengenai perpindahan Cavani ke Barcelona. Barcelona berminat untuk mendapatkan Cavani bagi mengisi kekosongan yang di tinggalkan Lional Messi ke PSG dan yang terbaru Antoine Griezmann yang dipinjamkan ke Atletico Madrid.

Cavani juga telah memberikan respon di media sosialnya yang dia akan terus kekal bersama United pada musim ini. Yang terkini Cavani telah menukar nama di Instagram miliknya kepada ‘cavaniofficial21’. Ini di antara hint yang Cavani berkemungkinan akan memakai jersi no 21 yang telah ditinggalkan James selepas berhijrah ke Leeds United. No 7 akan milik Cavani sebelum ini akan diberikan kepada C.Ronaldo.

Fabrizio Romano mengesahkan Cavani akan terus kekal di United

Memang tidak dinafikan Cavani merupakan penyerang yang cukup berbisa sehinggakan berjaya menarik minat kelab kuat di Sepanyol seperti Barcelona. Dia merupakan pemain yang berkualiti dan dia boleh menyesuaikan dirinya bermain di mana-mana pasukan besar sepanjang kariernya. Cavani telah menjaringkan 17 gol sejak berhijrah ke United. Walaupun kehadiran C.Ronaldo nampak memberikan pelbagai perspektif negatif berkemungkinan Cavani akan disisihkan, namun disebabkan dia mahu terus kekal di United, pasti itu bukan penyebabnya.

Dia pasti ingin bermain bersama dengan pemain lagenda United itu pada musim baru ini. Kontrak Cavani akan tamat pada tahun 2022. Yang terkini, Cavani tidak akan menyertai pasukan kebangsaan Uruguay untuk perlawanan antarabangsa pada 2 minggu ini. Dia mahu mengelak untuk daripada kerugian masa disebabkan isu kuarantin yang perlu dilakukan oleh pemain yang baru pulang daripada zon merah dan pasti menyebabkan dia tidak dapat bermain dalam beberapa perlawanan akan datang.

Disebabkan itu, Cavani dilihat akan kekal di United pada tempoh 2 minggu ini dan membuktikan dia akan terus bersaing merebut tempat dalam kesebelasan utama United pada musim ini. Gandingan Cavani dan C.Ronaldo pasti akan digeruni dalam kancah saingan liga inggeris pada musim ini.

- Advertisement -