Piala Dunia kini hanya berbaki lapan pasukan yang merebut kejuaraan berprestij. Semalam dua lagi negara menempah tiket ke suku akhir yang akan berlangsung pada hari Jumaat..
Negara Morocco berjaya mencipta kejutan apabila menewaskan wakil eropah, Sepanyol dengan sepakan penalti. Dan perlawanan selepas itu, Portugal dengan bergaya menjinakkan cabaran Swiss dengan keputusan kemenangan besar enam gol berbalasa satu..
Dalam perlawanan tersebut, dua pemain Man United yang bermula dalam kesebelasan utama iaitu Diogo Dalot yang bermain diposisi bek kanan, dan Bruno Fernandes berperanan sebagai pemain serangan di kanan.
Kedua pemain ini beraksi baik dengan memberikan masing-masing satu bantuan gol untuk pasukan Portugal. Bruno Fernandes memberikan sepakan sudut yang cantik untuk pemain pertahanan mereka Pepe menjaringkan gol kedua perlawanan.
Manakala pemain pertahanan United Diogo Dalot menghasilkan bantuan gol untuk gol kedua peribadi Goncalo Ramos pada minit ke 50 perlawanan di babak kedua.
Duo Man United tersebut memberikan persembahan yang cukup mantap dan boleh dinilai dari segi statistik mereka
Bruno Fernandes’ first half by numbers vs. Switzerland:
83% pass accuracy
31 touches
5/5 long balls completed
2 key passes
2 big chances created
1/1 ground duel won
1 assistCreative. ? pic.twitter.com/XpJcqPwxEI
— Statman Dave (@StatmanDave) December 6, 2022
Diogo Dalot’s game by numbers vs. Switzerland:
100% duels won
89% pass accuracy
50 touches
4/4 tackles won
2/2 long ball completed
2 block
1 goal line clearance
1 interception
1 assistPortugal’s RB. ??? pic.twitter.com/Vd6Z43M1TJ
— Statman Dave (@StatmanDave) December 6, 2022
Perlawanan yang berakhir dengan kemenangan besar 6-1 keatas Switzerland meneruskan kemaraan Portugal dan akan berdepan Morocco di suku akhir.