Duo Perancis gembira dengan kejayaan United

0

Manchester United telah meraikan kemenangan bergaya 4-1 ke atas Newcastle pada perlawanan malam tadi di Old Trafford. Walaupun tajuk utama media pada ketika ini adalah berkenaan CR7. Namun Paul Pogba telah memberikan sumbangan yang amat baik dalam perlawanan tersebut.

Pogba telah mencipta 2 ‘assist’ ketika mana United menjaringkan gol ke-3 dan ke-4 menerusi Bruno Fernandes dan Jesse Lingard. Dengan sumbangan tersebut, Pogba telah melakukan 7 ‘assist’ secara keseluruhan pada musim ini. Dia sangat gembira dengan prestasi semasanya dan telah muat naik mesej di laman sosialnya. ‘3 mata penting pada hari ini’

Statistik Pogba juga amat luar biasa.

  1. 92% pass accuracy
  2. 125 touches
  3. 103 passes completed
  4. 23 final third entries
  5. 7 duels won
  6. 6 ball recoveries
  7. 4 aerial duels won
  8. 3 chances created
  9. 2 tackles
  10. 2 assists

Masa depan Pogba masih lagi menjadi tanda tanya. Dia masih lagi belum menandatangani kontrak baru bersama United. Ura-ura perpindahan secara percuma pada musim hadapan ada kedengaran. Namun dengan prestasi semasa Pogba pada ketika ini, amat rugi jika United melepaskan Pogba secara percuma.

Rakan sepasukan Pogba, Raphael Varane juga gembira dengan kejayaan pada perlawanan malam tadi. Dia telah berjaya membuat penampilan pertamanya di Old Trafford. Varane sangat teruja dengan suasana di Old Trafford sejak bermula sehingga tamat perlawanan. ‘Old Trafford sangat luar biasa’

Statistik Varane mengawal bahagian pertahanan United begitu bagus.

  • 67 touches
  • 51 passes completed (91%)
  • 8/8 duels won (100%)
  • 5/5 aerial
  • 3/3 ground
  • 5/5 long passes completed (100%)
  • 3/3 tackles won (100%)
  • 3 clearances made

Varane mungkin menjadi orang penting bagi mengekalkan Pogba untuk terus kekal bersama United. Pada waktu ini, United dilihat begitu hebat sekali dengan kualiti pemain yang ada di dalam pasukan.

- Advertisement -